PERISTIWA RAJA KECHIL (PENGARUH BUGIS)
o
Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 telah membawa kepada
beberapa kesan.
o
Wilayah Kerajaan Melayu Melaka meliputi Semenanjung Tanah
Melayu, daerah Kepulauan Riau, Pesisir Timur Sumatera Bahagian Tengah, Brunei
dan Sarawak, Tanjungpura (Kalimantan Barat), Indragiri, Palembang, Pulau
Jemaja, Tambelan, Siantan dan Bunguran.
o
Selepas kejatuhan Melaka,wilayah telah berpecah dan
selepas itu hanya meliputi Johor, Pahang, Riau, Lingga dan beberapa daerah tertentu
di daratan Sumatera.
o
Ibu negara kerajaan pun berpindah ke daerah Johor dan
Bintan (Riau).
o
Pada tahun 1699, berlaku peristiwa penting dalam Kerajaan
Johor.
o
Pada tahun ini, Sultan
Mahmud Syah II dibunuh oleh pembesar baginda, Laksamana Megat Seri Rama.
o
Sultan Mahmud Syah II merupakan keturunan Sultan Melaka terakhir memerintah Johor.
o
Oleh sebab peristiwa ini, Sultan Mahmud Syah II dapat
gelaran Sultan Marhum Mangkat Dijulang.
o
Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa
meninggalkan sebarang waris.
o
Setelah beliau wafat, penggantinya adalah Bendahara Tun Abdul Jalil yang kemudian
dilantik menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.
o
Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan
pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.
Ø Orang Bugis dan
Minangkabau memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi, dan mereka
mempunyai pengaruh yang kuat di Johor.
Ø Dalam kalangan orang
Minangkabau, terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud
Syah II.
Ø Menurut Babad Siak , Raja Kecil ialah anak
Sultan Mahmud Syah II.
Ø Pada petang sebelum
baginda dibunuh dalam tahun 1699, baginda memanggil Encik Pong, gundik baginda
untuk mengurutkan kakinya.
Ø Pada waktu subuh,
baginda menjadi begitu ghairah sehingga terkeluar air mani ke tikar.
Ø Kemudian Sultan Mahmud
Syah II menyuruh Encik Pong untuk menelan air maninya supaya dapat mengandung
dan beranak.
Ø Baginda menitahkan
supaya dia mengandungkan anak itu secara rahsia.
Ø Encik Pong segera
menelan air mani itu, dan dengan kuasa Tuhan dia pun mengandung.
Ø Tidak lama selepas
kemangkatan baginda, Bendahara masuk ke pekarangan istana untuk membuat
peperiksaan ke atas semua perempuan istana dan meminta mereka bersumpah bahawa
mereka tidak mengandungkan keturunan baginda.
Ø Encik Pong berjanji
bahawa jika sekiranya dia mengandung anak almarhum itu, dia tidak akan melihat
anak kandungannya itu.
v Dalam perjalanan
sejarahnya, Raja Kecil menyerang Johor, dan berikutnya melibatkan Opu Bugis Lima Bersaudara dalam Kerajaan
Johor.
v Keterlibatan Opu Lima
Bersaudara di Johor bermula ketika pemerintahan Abdul Jalil Rahmat Shah (atau
Raja Kechil, 1718-1722).
v Raja Kecil menjanjikan
kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan
melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam Tuan Muda Johor.
v Pada masa itu
orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul
orang-orangnya sebelum melancarkan serangan.
v Walau bagaimanapun Raja
Kecil telah melancarkan serangan terlebih dahulu kerana terlalu lama menunggu
kedatangan orang-orang Bugis.
v Raja Kecil menduduki
takhta Kerajaan Johor pada tahun 1718 setelah mengalahkan Sultan Abdul Jalil
Riayat Shah IV.
v Setelah Raja Kecil
berjaya menduduki takhta Johor, orang-orang Bugis telah datang menuntut janji
untuk dilantik sebagai Yam Tuan Muda.
v Permintaan ini telah
tidak diperkenakan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tidak memberikan
bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.
v Pada tahun 1721, Sultan
Abdul Jalil Riayat Syah IV dibunuh di Kuala Pahang oleh Laksamana Nakhkoda
Sekam, atas perintah Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kecil).
v Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta
bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara.
v Pertempuran terjadi
diantara kekuatan Bugis dengan kekuatan Raja Kecil.
v Pada tahun 1722, Raja
Kecil mengalami kekalahan dan terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis.
v Pada tahun 1722, Raja
Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelar Sultan Sulaiman Badrul
Alam Syah (1722-1760) dan bersemayam di Pulau Bintan.
v Daeng Marewa kemudian
dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Johor yang pertama.
v Tetapi Sultan Sulaiman
hanya seorang sultan yang tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada
Bugis memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda.
v Keterlibatan Bugis dalam
kekuasaan Johor mencetuskan perselisihan dengan suku Melayu.
v Orang Melayu di bawah
pimpinan Sultan Mansur Terengganu (1733-1794) menjalankan langkah dan usaha
untuk menghapuskan pengaruh orang Bugis dalam kekuasaan Johor.
v Berbagai usaha
dilakukan, antaranya meminta bantuan Belanda, tetapi orang Melayu tetap gagal.
satu nota yang ringkas dan senang difahami..:)
ReplyDelete