Perjanjian Bangkok 1909
Pengenalan
Inggeris semakin bertekad untuk mengambil
alih pentadbiran atas keempat-empat Negeri-negeri Melayu Utara itu.
Bagi Inggeris, masanya telah tiba
untuk berbuat demikian apabila Jerman menawarkan tawaran Siam untuk membina
jalan keretapi di Siam Selatan.
Matlamat Inggeris ini semakin
menyakinkan apabila satu Pakatan Inggeris-Perancis ditandatangani.
Untuk mempengaruhi Siam agar
bersetuju untuk berunding, Inggeris dan Perancis telah bersedia menamatkan hak
wilayah asing yang diperolehi sejak tahun 1855 dan 1856.
Siam sedar bahawa Inggeris begitu
serius terhadap perkara mengenai Negeri-negeri Melayu Utara lalu bersetuju
untuk mengadakan perundingan.
Rundingan telah diadakan dan
akhirnya Perjanjian Bangkok telah ditandatangani pada 9 Julai 1909.
Faktor-faktor yang membawa kepada perjanjian
1. Pakatan
Inggeris-Perancis 1904
Selepas ditandatangani Pengisytiharaan Inggeris-Siam,
sikap Inggeris terhadap Siam mulai berubah. Hal ini adalah disebabkan Inggeris dan Perancis telah
menamatkan permusuhan mereka di Eropah dengan termeterainya Pakatan
Inggeris-Perancis pada 8 April 1904. Pakatan ini telah menamatkan ancaman peluasan
kuasa Perancis di Siam dan dasar kemaraan di Negeri-negeri Melayu Utara. Perjanjian ini meletakkan Siam dalam bahaya. Kemungkinan
besar Inggeris tidak akan menolong Siam sekiranya Perancis melanggarnya dari
Indo-China. Kebimbangan Siam menjadi nyata apabila Perancis merampas
Battambang dan Siem Reap, iaitu jajahan-jajahan takluk Siam di sempadan
Siam-Kampuchea. Inggeris tidak membantu Siam malah ia bersikap
berkecuali. Hal ini merugikan Siam.
2.
Kebimbangan campur tangan
kuasa asing yang lain
Perancis, Rusia dan Jerman berminat untuk membina
terusan di Segenting Kra kerana tertarik dengan kepesatan
perdagangan Asia-Eropah kesan daripada pembukaan Terusan Suez. Pada tahun 1906, Jerman pula mendapat persetujuan Siam
untuk membina jalan keretapi di Negeri-negeri Melayu Utara. Tindakan ini dianggap oleh Inggeris sebagai satu helah
untuk menguasai Negeri-negeri Melayu Utara. Siam cuba mendapatkan bantuan modal dan buruh dari
Jerman untuk membina jalan kereta api yang akan menghubungkan
Bangkok dengan sempadannya di Kedah. Inggeris berasa bimbang bahawa langkah Siam akan membawa
kepada kemungkinan besar Jerman campur tangan di Kedah dan mengancam
kepentingan Inggeris di situ.
3.
Pembatalan hak-hak wilayah
asing
Siam tidak senang hati dengan pemberian hak-hak istimewa
kepada Inggeris sejak tahun 1855. Siam kini ingin membatalkan perjanjian-perjanjian yang
berat sebelah seperti Perjanjian Bowring (1855) dan Perjanjian Sulit
(1897). Sudah tentu Inggeris tidak akan memansuhkan hak-hak
tersebut dengan rela tanpa sebarang ganti rugi. Oleh itu, Siam mengambil keputusan untuk menyerahkan
Negeri-negeri Melayu Utara yang sebenarnya tidak menguntungkan kepada Inggeris.
Sebagai balasan, Inggeris akan memansuhkan segala-gala
hak wilayah asing di Siam.
4.
Masalah kewangan Siam
Sementara itu, Kelantan dan Terengganu menaruh dendam
dan tidak pernah mengakui pertuanan Siam. Kedah pula menghadapi masalah kewangan yang teruk
selepas tahun 1904 kerana sikap Sultan Kedah yang boros. Siam terpaksa memberikan pinjaman sejumlah $2 juta
kepada Kedah.
No comments:
Post a Comment