Sunday 15 July 2012


Para pelajar SJH1104( Pembinaan Negara Bangsa) sila rujuk Tugasan Kerja Kursus.
sila ambil tindakan segera . Tarikh hantar : 20 0gos 2012



1. Menjelaskan konsep,proses dan pelaksanaan Pembinaan Negara Bangsa.

2. Menerangkan pembinaan negara bangsa bermula dari era Kesultanan Melayu Melaka hingga Persekutuan Tanah Melayu 1948.

3. Memahami ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan,kontrak sosial dan kewarganegaraan.

4. Menilai secara kritikal unsur-unsur tradisional yang terdapat dalam Perlembagaan.

5. Mengenal pasti kepelbagaian etnik di Malaysia dan dasar-dasar kerajaan ke arah perpaduan kaum.

6. Membincangkan isu dan cabaran Malaysia dalam pembinaan Negara Bangsa


Kerja Kursus ini menilai Hasil pembelajaran 1, 2, 3, 5 dan 6


OBJEKTIF KERJA KURSUS

Selepas melaksanakan tugasan berikut pelajar dapat:


  1. Meningkatkan kefahaman berkenaan proses pembentukan masyarakat majmuk.
  2. Menghubungkaitkan pelbagai persoalan yang menjadi topik perbincangan para ahli akademik mengenai Konsep Bangsa Malaysia.
  3. Menilai proses pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia.
  4. Menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan tugasan.


TUGASAN PROJEK (100%)


1. Tugasan ini membawa markah 100%. Pembahagiannya adalah seperti berikut:-


1.1 esei individu 100% (wajaran 50 markah)

1.2 pembentangan individu 100% ( wajaran 15 markah)

1.3 refleksi 100% ( wajaran 20 markah)

1.4 sahsiah 100% (wajaran 15 markah)









PENULISAN AKADEMIK/TUGASAN KERJA KURSUS 100% ( WAJARAN 50 MARKAH)


Pilih salah satu persoalan di bawah dan bincangkan secara akademik yang tidak melebihi 10 muka surat kertas A4. SEMUA TUGASAN HENDAKLAH DITAIP.


1. Keagungan Melaka bukanlah bergantung keseluruhannya kepada kenyataan bahawa

ia adalah sebuah pusat perdagangan yang besar dan tempat pengajian agama islam,

bahkan ia adalah sebuah empayar yang luas kuasanya dan bukan calang-calang

kedudukannya....”Prof. Zainal Abidin bin Abd Wahid.


Namun kemewahan yang membawa kepada kelalian, perebutan kuasa dan kebendaan yang dikuasai rasuah menyebabkan Melaka menjadi lemah dan mudah menjadi mangsa kepada kuasa luar.


Berdasarkan kepada kedua-dua kenyataan di atas, apakah ikhtibar, pengajaran dan sempadanyang boleh kita ambil pada masa ini agar peristiwa sejarah silam tersebut tidak berulang. Bincangkan dari aspek keseluruhan kejatuhan Melaka.


2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep kepelbagaian kaum di Malaysia? Adakah anda bersetuju dengan kenyataan bahawa kepelbagaian kaum dan budaya bukan merupakan masalah kepada perpaduan di Malaysia bahkan menjadi salah satu daripada ciri-ciri keunikan negara. Nyatakan sebab-sebab anda menyatakan demikian.


3. Apakah yang dimaksudkan dengan Kemerdekaan?

Negara kita mencapai kemerdekaan melalui proses perundingan. Apakah proses-proses rundingan tersebut dan kebijakbestarian pemimpin-pemimpin kita dalam perundingan dan usaha untuk mencapai proses kemerdekaan. Apakah implikasi kedua-dua perkara tersebut kepada generasi masa kini?


4. Apakah peranan anda sebagai rakyat Malaysia dalam membantu negara merealisasikan hasrat dan wawasan 2020. Nyatakan sumbangan tersebut dari aspek pembangunan kendiri, keluarga dan masyarakat.




SUB TUGASAN PEMBENTANGAN INDIVIDU 100 % (WAJARAN 15 MARKAH)

Berdasarkan Lampiran A yang disertakan anda dikehendaki mempersembahkannya dalam bentuk Powerpoint yang mengandungi elemen-elemen multimedia seperti animasi,grafik,muzik,video dan teks. Anda juga dikehendaki menyediakan kuiz interaktif pelbagai aras kognitif pada penghujung pembentangan.


SUB TUGASAN PENULISAN REFLEKSI 100% (WAJARAN 20 MARKAH)


Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menunjukkan kefahaman anda terhadap penulisan refleksi. Penulisan refleksi anda perlu merangkumi aspek-aspek berikut:

i. Pengalaman anda semasa melakukan tugasan ini ( proses temubual, mencari maklumat

dan lain-lain.

ii Masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan dan bagaimana mengatasinya.

iii Penulisan refleksi hendaklah sekurang-kurangnya dua muka surat

Iii Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam menjalankan tugasan ini mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan kognitif individu.


SAHSIAH 100% (WAJARAN 15 MARKAH)

Penilian ini berdasarkan sifat-sifat guru unggul pada tahap cemerlang merangkumi perkara-

perkara berikut;

i. Mempunyai ciri kepimpinan

ii Mempunyai kemahiran ICT

iii Mempunyai kefasihan berbahasa secara lisan dan tulisan

iv Mempunyai kemahiran ineterpersonal dan intercultural

v Berupaya menterjemah dan menyelesaikan masalah

vi Menunjukkan kemahiran pemikiran yang kreatif dan analitikal

vii Bekerjasama dan produktif

viii Pengurusan masa yang cemerlang

ix Berupaya mengendalikan pembelajaran secara kendiri

x Bersedia menerima teguran dan pandangan orang lain


PANDUAN PELAKSANAAN TUGASAN/KERJA KURSUS


1. Tugasan ini adalah tugasan individu.

2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.


3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut :

3.1 Muka depan hendaklah mengikut templet terkini

3.2 Fon Arial

3.2 Saiz huruf ialah 12

3.3 Langkau satu setengah baris

3.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

3.5 Lampiran adalah wajib


7. Amalan plagiat tidak dibenarkan

8. Semua tugasan hendaklah ditaip di atas kertas A4 atau cetakan komputer. Tulisan tangan tidak akan diperiksa.

8. Panjang tugasan antara 2500 hingga 3000 perkataan atau tidak melebihi 10 muka surat (tidak termasuk lampiran)



9 Setiap tugasan mesti mempunyai perkara-perkara berikut:

9.1 Tajuk

9.2 Pendahuluan

9.3 Rujukan sumber dalam teks

9.4 Bibliografi [ tidak kurang dari 5 buah buku]

10. Muka depan

a) Logo IPG Kampus Sultan Abdul Halim

b) Tajuk tugasan

c) Nama Pelajar dan Kad Pengenalan

d) Guna cover warna kuning saiz A4




Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:

1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci

2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut :


2.1 Perbincangan jawapan yang jelas bagi mengambarkan pemahaman pelajar terhadap isu yang dibincangkan. Maklumat yang perlu dicari, dibincang dan di rumus mengikut kehendak soalan tersebut.

2.2 Bukti-bukti dan bahan rujukan yang menyokong hujah anda hendaklah ditulis dengan jelas.

2.3 Keseluruhan isi dan fakta perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.

2.4 Format dan organisasi laporan perlu jelas.


Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. (Templet 3).


Soalan tugasan disediakan oleh Disahkan oleh



1 comment: