Monday 16 July 2012


PERISTIWA RAJA KECHIL (PENGARUH BUGIS)



o   Kejatuhan Melaka pada tahun 1511 telah membawa kepada beberapa kesan.

o   Wilayah Kerajaan Melayu Melaka meliputi Semenanjung Tanah Melayu, daerah Kepulauan Riau, Pesisir Timur Sumatera Bahagian Tengah, Brunei dan Sarawak, Tanjungpura (Kalimantan Barat), Indragiri, Palembang, Pulau Jemaja, Tambelan, Siantan dan Bunguran.

o   Selepas kejatuhan Melaka,wilayah telah berpecah dan selepas itu hanya meliputi Johor, Pahang, Riau, Lingga dan beberapa daerah tertentu di daratan Sumatera.

o   Ibu negara kerajaan pun berpindah ke daerah Johor dan Bintan (Riau).

o   Pada tahun 1699, berlaku peristiwa penting dalam Kerajaan Johor.

o   Pada tahun ini, Sultan Mahmud Syah II dibunuh oleh pembesar baginda, Laksamana Megat Seri Rama.

o   Sultan Mahmud Syah II merupakan keturunan Sultan Melaka terakhir memerintah Johor.

o   Oleh sebab peristiwa ini, Sultan Mahmud Syah II dapat gelaran Sultan Marhum Mangkat Dijulang.

o   Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris.

o   Setelah beliau wafat, penggantinya adalah Bendahara Tun Abdul Jalil yang kemudian dilantik menjadi Sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

o   Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.



Ø  Orang Bugis dan Minangkabau memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi, dan mereka mempunyai pengaruh yang kuat di Johor.

Ø  Dalam kalangan orang Minangkabau, terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud Syah II.

Ø  Menurut Babad Siak , Raja Kecil ialah anak Sultan Mahmud Syah II.

Ø  Pada petang sebelum baginda dibunuh dalam tahun 1699, baginda memanggil Encik Pong, gundik baginda untuk mengurutkan kakinya.

Ø  Pada waktu subuh, baginda menjadi begitu ghairah sehingga terkeluar air mani ke tikar.

Ø  Kemudian Sultan Mahmud Syah II menyuruh Encik Pong untuk menelan air maninya supaya dapat mengandung dan beranak.

Ø  Baginda menitahkan supaya dia mengandungkan anak itu secara rahsia.

Ø  Encik Pong segera menelan air mani itu, dan dengan kuasa Tuhan dia pun mengandung.

Ø  Tidak lama selepas kemangkatan baginda, Bendahara masuk ke pekarangan istana untuk membuat peperiksaan ke atas semua perempuan istana dan meminta mereka bersumpah bahawa mereka tidak mengandungkan keturunan baginda.

Ø  Encik Pong berjanji bahawa jika sekiranya dia mengandung anak almarhum itu, dia tidak akan melihat anak kandungannya itu.



v  Dalam perjalanan sejarahnya, Raja Kecil menyerang Johor, dan berikutnya melibatkan Opu Bugis Lima Bersaudara dalam Kerajaan Johor.

v  Keterlibatan Opu Lima Bersaudara di Johor bermula ketika pemerintahan Abdul Jalil Rahmat Shah (atau Raja Kechil, 1718-1722).

v  Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yam Tuan Muda Johor.

v  Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan.

v  Walau bagaimanapun Raja Kecil telah melancarkan serangan terlebih dahulu kerana terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis.

v  Raja Kecil menduduki takhta Kerajaan Johor pada tahun 1718 setelah mengalahkan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

v  Setelah Raja Kecil berjaya menduduki takhta Johor, orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yam Tuan Muda.

v  Permintaan ini telah tidak diperkenakan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.

v  Pada tahun 1721, Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dibunuh di Kuala Pahang oleh Laksamana Nakhkoda Sekam, atas perintah Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kecil).

v  Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV meminta bantuan Opu Bugis Lima Bersaudara.

v  Pertempuran terjadi diantara kekuatan Bugis dengan kekuatan Raja Kecil.

v  Pada tahun 1722, Raja Kecil mengalami kekalahan dan terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis.

v  Pada tahun 1722, Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan gelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-1760) dan bersemayam di Pulau Bintan.

v  Daeng Marewa kemudian dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda Johor yang pertama.

v  Tetapi Sultan Sulaiman hanya seorang sultan yang tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada Bugis memegang kuasa sebagai Yamtuan Muda.

v  Keterlibatan Bugis dalam kekuasaan Johor mencetuskan perselisihan dengan suku Melayu.

v  Orang Melayu di bawah pimpinan Sultan Mansur Terengganu (1733-1794) menjalankan langkah dan usaha untuk menghapuskan pengaruh orang Bugis dalam kekuasaan Johor.

v  Berbagai usaha dilakukan, antaranya meminta bantuan Belanda, tetapi orang Melayu tetap gagal.

1 comment: