Wednesday 18 July 2012

Cuba dan jawab

Para pelajar  SJH1105, sila jawab soalan ini.

Bandingkan ciri-ciri kepercayaan dan agama zaman Jahiliah dengan zaman Nabi(s.a.w). Cuba jawab dengan ikhlas.

19 comments:

  1. pada zaman jahiliah merupakan zaman kegelapan kerana pada masa itu masyarakat tidak mempunyai agama. masyarakat pada masa itu mengamalkan megamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berzina, berjudi dan meminum arak. selain itu, masyarakat pada zaman tersebut juga menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan serta merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir. di samping itu, masyarakat ini juga mengamalkan sistem kabilah iaitu cara hidup yang berpuak-puak. terdapat dalam kalangan mereka ini yang menanam bayi perempuan sejurus selepas dilahirkan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. pada zaman Nabi(s.a.w), masyarakat sudah mula mempelajari tentang agama. kehidupan masyarakat pada masa itu teratur. perbuatan tidak bermoral pada zaman jahiliah tidak dibenarkan lagi. penindasan, riba dan merompak juga dilarang dilakukan. masyarakat tidak lagi mengamalkan pelbagai penyembahan. masyarakat juga mula pandai membaca dan mempunyai sistem pentadbiran yang betul. sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  2. pada pendapat saya, ciri-ciri masyarakat pada zaman jahiliah ialah dari segi ekonomi, mengamalkan sikap riba, selain itu turut melakukan rompakan ( golongan badwi) dari segi sosial pula, mereka memiliki sikap asabiyah yang tinggi serta kedudukan wanita pada mata mereka sangat2 rendah. anak perempuan dibunuh dan ditanam secara hidup-hidup dan mereka turut mengamalkan penyembahan berhala. Namun pada Zaman Nabi (S.A.W) pula, segalanya berubah. dari segi ekonomi segalanya dilaksanakan secara adil mengikut syariat Islam. dari segi sosial pula, setiap orang tidak kira perempuan atau tidak diberi peluang serta kebebasan dan sistem hidup berkabilah digantikan dengn konsep ummah.

    ReplyDelete
  3. zaman Jahiliah merupakan zaman kegelapan,iaitu bermula dari tempoh kejatuhan empangan maarib sehingga kedatangan zaman islam.Antara ciri-ciri masyarakat pada zaman jahiliah ialah masyarakat ini menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terpengaruh dengan kepercayaan karut.manakala,Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. masyarakat pada zaman ini rela memeluk ajaran Islam dan mengikutinya. masyarakat islam telah menolak konsep kepercayaan polithisme. Nabi Muhammad s.a.w telah membawa ajaran agama mengesakan Allah s.w.t konsep Tauhid iaitu tuhan yang satu. selain itu, masyarakat jahiliah juga mengamalkan amalan-amalan yang tidak baik seperti minum minuman keras, berzina, merompak,mengamalkan riba dan penindasan serta membunuh anak perempuan. manakala, Nabi mengajar masyarakat Islam di Madinah memandang mulia golongan wanita. golongan wanita perlu dijaga dan dipelihara.Kaum wanita memainkan peranan yang sama seperti goIongan lelaki.Nabi juga memberi didikan yang baik kepada masyarakat untuk tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak baik seperti yang berlaku pada zaman jahiliah.

    ReplyDelete
  4. Antara ciri-ciri masyarakat Jahiliah dari segi sosial ialah mereka melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan minum arak. Wanita tidak boleh mewarisi harta menunjukkan bahawa kedudukan wanita amat rendah. Bayi perempuan ditanam kerana dianggap akan menjatuhkan maruah keluarga. Dari segi ekonomi pula,pedagang menindas pembeli dan mengamalkan riba. Peniaga hanya mementingkan keuntungan. Mereka juga mengamalkan semangat assabiah yang melampau. Mereka mengamalkan kepercayaan polythisme iaitu wathani, animisme, samawi, kepercayaan khurafat dan Hanif. Manakala, pada zaman Nabi pula, masyarakat dilarang untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral, kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan diharamkan. Dari segi ekonomi pula, ekonomi yang dibawa oleh Islam menjurus kepada keadilan. Islam melarang jual beli dalam bentuk paksaan dan riba. Konsep assabiah digantikan dengan konsep ummah. Mereka berpegang pada konsep Tauhid iaitu Tuhan hanya satu.

    ReplyDelete
  5. Zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat pada zaman itu tidak mempunyai agama ataupun kepercayaan kepada tuhan malah kebanyakan mereka menyembah berhala dan mempercayai animisme (kepercayaan polythisme). Kehidupan masyarakat di zaman tersebut juga adalah kucar-kacir kerana pada masa itu, tiada nabi atau rasul dan kitab-kitab suci untuk dijadikan teladan kehidupan. Akhlak mereka pula sangat rendah sehigga mereka bersifat kejam,angkuh dan degil. Malah pada Zaman Islam pula masyarakat zaman tersebut mempercayai nabi s.a.w. dan mereka menolak kepercayaan polythisme. Nabi Muhammad s.a.w. membawa ajaran agama mengesakan Allah S.W.T..Konsep Tauhid iaitu tuhan yang satu. Pada zaman tersebut juga Nabi Muhammad juga telah memberi ajaran yang baik seperti menghormati golongan wanita dan tidak melibatkan diri dalam perkara-perkara yang tidak baik seperti berzina, membunuh, mencuri dan sebagainya seperti pada zaman jahiliah.

    ReplyDelete
  6. Dari aspek agama dan kepercayaan masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Tuhan tetapi menyembah berhala dan mempercayai animisme.Sebaliknya pada zaman Nabi,guru-guru agama dilantik oleh Nabi untuk kukuhkan akidah dan amalan mereka.Disamping itu,Nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat.Hubungan masyarakat dan sosial bagi masyarakat Jahiliah ialah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing.Mereka mempunyai semangat assabiah yang kuat.Masyarakat Jahiliah mempunyai ketaatan kepada Kabilah dan sangat prejuris kepada kabilah.Masyarakat Islam Madinah pula berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku.Nilai akhlak yang buruk diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah seperti berzina,membunuh,minum arak,berjudi dan membunuh.Bayi perempuan juga ditanam kerana mereka beranggap anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga.Sebaliknya,selepas kedatangan Nabi,pengamalan akhlak yang mulia dimulakan dalam kehidupannya.Buktinya,melalui perjanjian Al-Aqabah masyarakat Jahiliah berjanji tidak akan menipu,berzina dan membunuh.Masyarakat Jahiliah juga mengamalkan amalan riba,pencurian,penipuan dan jual beli berhala adalah ekonomi yang mengguntungkan.Tetapi dari aspek Islam ,mengharamkan riba dan mewajibkan urusan jual beli.Barangan yang diharamkan tidak boleh dijual beli seperti arak,patung berhala dan sebagainya.Kedudukan wanita masyarakat Jahiliah adalah rendah sehingga tidak dibenarkan mewarisi harta pusaka tinggalan ibu bapa mereka.Seorang lelaki juga boleh berkahwin dengan beberapa wanita dengan sekali gus.Tetapi Nabi telah tunjuk ajar untuk dipandang mulia terhadap wanita.Golongan wanita juga diberi peranan yang sama dengan golongan lelaki.

    ReplyDelete
  7. Masyarakat Arab jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Masyarakat Arab Jahiliah tidak mengikuti ajaran para Nabi dan rasul. Zaman jahiliah dianggap sebagai zaman kegelapan kerana kebanyakkan masyarakat Arab jahiliah menyembah berhala dan mempercayai animisme. Masyarakat jahiliah mangamalkan kepercayaan polythisme . Terdapat lima agama yang berkembang di Tanah Arab pada ketika itu,antaranya ialahWathani,Yahudi,Kristian,Hanif dan Animisme. Manakala,Islam menolak konsep tersebut. Nabi Muhammad s.a.w membawa ajaran agama mengesakan Allah S.W.T konsep Tauhid iaitu tuhan yang satu. Masyarakat jahiliah pula mengamalkan amalan buruk seperti minum minuman keras, berzina dan membunuh anak perempuan.seterusnya kedudukan wanita di zaman tersebut begitu rendah dan dijadikan barangan nafsu lelaki.manakala, pada zaman Nabi, kedudukan wanita ditingkatkan dan pembunuhan bayi perempuan diharamkan.

    ReplyDelete
  8. Masyarakat zaman Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa malah kebanyakkan mereka menyembah berhala dan mempunyai kepercayaan polythisme iaitu Wathani, Samawi, kepercayaan Khurafat dan Hanif. Masyarakat ini juga tidak mempunyai nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan. Mereka membunuh anak perempuan atas tanggapan bahawa anak perempuan akan mendatangkan kesusahan kepada keluarga. Selain itu, mereka juga mengamalkan amalan buruk dan keji seperti minum minuman keras, berzina dan layanan terhadap wanita yang begitu rendah. Tetapi, selepas kedatangan Islam, konsep kepercayaan polythisme telah ditolak dan ajaran agama mengesahkan Allah S.W.T. konsep Tauhid iaitu tuhan yang satu telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Segala perlakuan berakhlak rendah yang dilakukan dalam kalangan masyarakat Jahiliah telah diharamkan dan dihapuskan selepas kedatangan Islam. Nabi bersabda bahawa orang yang paling mulia ialah mereka yang paling beriman di sisi Allah S.W.T

    ReplyDelete
  9. • Zaman sebelum kedatangan Islam atau zaman yang paling layak digelar zaman jahiliah ialah zaman selepas keruntuhan kerajaan Sa’ba, iaitu sekitar tahun 300M hingga kerasulan Nabi Muhammad SAW pada tahun 610M. Pada zaman ini, masyarakat Jahiliah tidak mempunyai nabi dan rasul serta kitab suci sebagai panduan atau petunjuk. Kepercayaan masyarakat Jahiliah terbahagi kepada 2 iaitu, kepercayaan agama dan kepercayaan adat. Kepercayaan agama ialah bentuk-bentuk agama yang diamalkan oleh bangsa Arab, sementara kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama yang diwarisi. Kesesatan agama dalam kalangan orang Arab Jahiliah menyebabkan mereka tunduk kepada kuasa berhala dan menganut agama berhala (wathani). Terdapat pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi, Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul.
    • Nabi Muhammad s.a.w menerima wahyu yang pertama pada 610 M. Perkataan Jahiliah yang bererti bodoh menepati ciri-ciri masyarakat pada tempoh masa tersebut dalam semua aspek kehidupan. Nabi Muhammad dan orang Islam telah berhijrah ke Madinah pada 622 M. Di Madinah Nabi Muhammad telah dilantik sebagai ketua negara dan mengasaskan pemerintahan negara Islam yang pertama. Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.
    • Kesimpulannya, perbezaan yang ketara antara kedua-dua zaman ini ialah zaman jahiliyah berlandaskan nafsu dan dalam zaman Islam berdasarkan wahyu daripada Allah s.w.t.
    Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  10. Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud bodoh, jahil atau dungu. Zaman jahiliah bagi masyarakat Arab di Semenanjung Tanah Arab, bererti masyarakat Arab hidup dalam keadaan jahil dan bodoh. Zaman jahiliah bermula bermula sejak runtuhnya Empangan Maarib di Sabak kira-kira pada tahun 300 Masihi hingga turunnya wahyu Allah pada tahun 610 Masihi iaitu setelah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu. Masyarakat Arab Jahiliah diberi gelaran masyarakat Arab Jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan menurut ajaran nabi terdahulu seperti Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Musa dan Nabi Isa. Akhlak mereka adalah rendah dan hina kerana mereka sering melakukan zina, merompak dan menanam anak perempuan hidup-hidup kerana menganggap anak perempuan membawa sial, malu dan papa kepada keluarga. Orang Arab pada zaman jahiliah mempunyai pegangan kepercayaan kerana mereka ingin mencari sesuatu hakikat yang mengatasi kekuasaan diri mereka. Mereka tiada agama rasmi, malah menganut pelbagai jenis agama. Bentuk agama dan kepercayaan yang terdapat pada zaman itu ialah animisme iaitu memuja alam, agama wathani iaitu agama yang menyembah berhala, agama samawi iaitu agama Hanif, agama Kristian dan Yahudi serta akhir sekali kepercayaan berpegang pada adat. Setelah beberapa ketika , sikap orang Arab Jahiliah berubah setelah Nabi Muhammad s.a.w datang membawa satu ajaran baru yang dipanggil Islam. Ajaran ini berjaya mengubah sikap Arab Jahiliah kepada masyarakat yang mengamalkan konsep tauhid yakni mengEsakan satu tuhan sahaja iaitu Allah s.w.t dan meninggalkan amalan keji yang telah menjadi adat turun temurun sejak runtuhnya empangan Maarib. Martabat wanita juga kini diangkat ,yang dahulunya pada zaman jahiliah dianggap sebagai alat pemuas nafsu dan anak perempuan tidak lagi dianggap pembawa sial, malu dan papa kepada keluarga. Orang arab jahiliah tertarik dengan ajaran Nabi Muhammad kerana kemurnian ajaran Islam yang tidak membezakan status masyarakat, malah menganggap semua manusia adalah sama taraf. Islam juga menyarankan akhlak yang baik seperti hormat-menghormati, bantu- membantu dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. Masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut. Manakala, masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah yang lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah tanpa mengira sama ada mereka berada dalam keadaan benar atau salah. Ini telah menimbulkan masalah permusuhan antara kabilah berleluasa. Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiyah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak yang buruk seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka. Manakala Islam menekankan akhlak yang mulia.Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina, dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak yang buruk di kalangan orang Islam di Madinah.

    ReplyDelete
  12. Berdasarkan pengetahuan saya, masyarakat Arab pada zaman jahiliah dikategorikan sebagai jahil dalam agama dan juga mempercayai kepercayaan yang karut. Ini adalah kerana, mereka tidak mempunyai pedoman dalam hidup sehingga berlaku banyak kekejaman pada zaman tersebut. Pada zaman tersebut, mereka kebanyakkannya telah menganut agama berhala atau dikenali juga sebagai wathani. Mereka menyembah kuasa berhala yang hanyalah rekaan manusia semata-mata. Perkara ini disebabkan, pada zaman tersebut tiada petunjuk daripada kitab suci dan rasul. Terdapat juga agama lain yang masyarakat Arab jahiliah anuti, iaitu Majusi, Yahudi, Nasrani dan juga Samawi. Mereka juga percaya bahawa anak perempuan hanya akan membawa sial. Oleh itu, setiap bayi perempuan yang dilahirkan akan ditanam hidup-hidup. Akan tetapi,kedatangan agama Islam telah mengubah corak kehidupan masyarakat Arab bukan sahaja dari segi agama tetapi juga telah memberi ketamadunan dari segi mental dan juga fizikal. Agama Islam telah mengajar masyarakat Arab untuk menjadi manusia yang mempunyai pedoman dalam hidup serta mengharamkan penindasan antara manusia kerana mereka telah mempunyai petunjuk yang jelas daripada kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT. Ajaran Islam mudah diterima oleh masyarakat Arab kerana kemurnian ajarannya. Perkara ini telah memikat hati masyarakat Arab untuk menganuti serta patuh kepada ajaran agama Islam.

    ReplyDelete
  13. Pada pendapat saya, cara hidup masyarakat arab Jahiliyah dan masyarakat Islam adalah berbeza. Perbezaan tersebut dapat dilihat dari segi agama,sosial,ekonomi,kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang. Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak. Mengikut fahaman mereka,seseorang lelaki yang meminum arak sehingga mabuk,menunjukkan mereka telah sempurna seperti lelaki.Kedudukan wanita dalam masyarakat pula adalah rendah,sehinggakan mereka tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka. Terdapat di kalangan mereka yang menanam bayi perempuan . Pembunuhan terhadap bayi perempuan ini dilakukan kerana mereka beranggapan anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan. Merompak dikatakan sebagai kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu. Tedapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah,iaitu agama wathani,animisme,samawi dan kepercayaan khurafat . Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu objek yang ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka. Oleh itu, mereka menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya. Tetapi dalam agama Islam mereka hidup dalam keadaan aman dan damai. Islam menolak kepercayaan politisme. Nabi Muhammad menunjuk ajaran agama Islam, iaitu konsep Tauhid iaitu Tuhan yang satu. Dari segi politik pula, Islam berasaskan khalifah Allah di muka bumi. Ekonomi yang dibawa oleh Islam berpandu kepada keadilan. Islam melarang amalan riba dan paksaan. Seterusnya Islam juga menghapuskan perhambaan dan semangat assabiyah. Wanita dipandang tinggi dan pembunuhan bayi perempuan diharamkan.

    ReplyDelete
  14. Kesesatan agama dalam kalangan orang Arab jahiliah mempunyai talian rapat dengan ketiadaan petunjuk daripada kitab suci dan rasul pada waktu itu. Pengaruh asing menjadi faktor pendorong tersebarnya pelbagai agama di Semenanjung Arab kerana hubungannya dengan dunia luar melalui perdagangan, hubungan diplomatic dan kegiatan-kegiatan agama. Terdapat empat bentuk kepercayaan agama dalam masyarakat Arab jahiliah, iaitu Agama wathani [menyembah berhala], Animisme [memuja alam seperti pokok], Samawi [kristian dan yahudi] dan Kepercayaan [menilik nasib, sihir, mempercayai roh orang mati menjadi burung]. Berdasarkan catatan al-Quran, terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab jahiliah menganut agama Hanif. Masyarakat Arab Jahiliah juga mengamalkan agama ciptaan manusia seperti Agama menyembah cakerawala, Agama polidemonisme [menyembah jin dan dewa-dewa], Menyembah tuhan padang pasir dan Kepercayaan animism [menyembah benda ganjil dan menakutkan]. Masyarakat Arab jahiliah turut mengamalkan kepercayaan tahyul. Penganut-penganutnya mempunyai kepercayaan terhadap Tangkal dan azimat, Ahli nujum serta Mengorbankan anak perempuan.

    Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing dan menghormati agama yang dianuti oleh indivudu yang lain. Sikap buruk sangka dari segi agama seperti yang diamalkan sebelumnya dilarang sama sekali. Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah memaksa mereka yang bukan Islam supaya memeluk Islam. Misalnya orang Yahudi bebas mengamalkan ajaran agama mereka. Masyarkat pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk agama Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah mereka. Madinah dipilih kerana Madinah merupakan tempat yang paling sesuai untuk dijadikan pusat penyebaran agama Islam disebabkan wujudnya kefahaman agama dalam kalangan masyarakat. Di Madinah, perkembangan pendidikan Islam bermula dengan terbinanya masjid Quba dan masjid Nabawi. Struktur pengajian di masjid yang lebih berbentuk tidak formal dan menjadi sekolah pertama dalam sistem pendidikan Islam. Sistem pengajian menjadi lebih sistematik dan formal setelah Al-Suffah dibina. Pendidikan pertama dilakukan oleh Rasulullah adalah memperkuatkan penyatuan ummah dan mengikis sisa-sisa permusuhan. Konsep pengajian dan pendidikan di Madinah lebih tertumpu kepada ibadat dan syariah atau akidah serta membaca dan menulis dengan tidak melupakan soal-soal lain.

    ReplyDelete
  15. makna jahiliah berasal daripada perkataan Arab iaitu 'jahala' atau 'jahlun' yang membawa maksud 'bodoh','tidak berpengetahuan','dungu', dan sebagainya makna yang sama dengan jahil. mereka bukanlah jahil dari segi ilmu pengetahuan dan ketamadunan, tetapi jahil dari segi keagamaan. masyarakat jahiliah dikatakan bermula setelah runtuhnya kerajaan Sabak. masyarakat Arab jahiliah mengamalkan pelbagai kepercayaan iaitu animisme, berhala, politisme,agama majusi, dan sebagainya. setelah kedatangan Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W, kebanyakan mereka berubah kepada agama Islam kerana tertarik dengan peribadi nabi Muhammad S.A.W dan juga keindahan Islam itu sendiri yang mengamalkan penyamaan taraf manusia. oleh yang demikian, kebanyakan golongan yang memeluk Islam pada mulanya terdiri daripada golongan bawahan seperti golongan hamba. masyarakat Arab jahiliah mengamalkan kepercayaan menyembah patung, menyembah alam seperti matahari, bulan dan sebagainya. Setelah kedatangan Islam, mereka hanya menyembah Allah S.W.T

    ReplyDelete
  16. Zaman jahiliah dikenali sebagai zaman kegelapan kerana pada zaman itu terdapat beberapa kelemahan dalam aspek agama dan kepercayaan. Islam membawa beberapa perubahan pada zaman jahiliah dari segi agama dan kepercayaan.
    Pada zaman jahiliah, masyarakat tidak mempunyai petunjuk daripada kitab suci dan rasul. Mereka terpaksa tunduk kepada kuasa berhala dan ,menganut agama berhala. Disamping agama berhala, terdapat juga agama yang lain seperti Majusi (menyembah api), nasrani(kristian), yahudi dan hanafi. Agama menyembah berhala merupakan agama yang dominan dalam kalangan masyarakat arab jahiliah. Berhala-hala yang disembah diperbuat daripada batu, kayu dan logam sama ada berbentuk asli atau replica. Agama majusi berasal dari parsi. Mereka tidak mempunyai kitab suci dan tidak mengakui nabi yang diutus oleh Allah SWT. Agama yahudi ialah agama yang dibawaoleh Nabi Musa a.s yang diutus kepadanya kitab taurat. Agama nasrani dibawa oleh Nani Isa yang diturunkan kepada-nya kitab suci injil. Segelintir orang arab jahiliah menganut agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim yang digelar Hunafa. Segelintir masyarakat arab jahiliah mengamalkan kepercayaan animisme seperti memuja roh, penunggu atau kuasa ghaib. Masyarakat arab jahiliah juga mempunyai kepercayaan tradisi berunsur tahayul seperti menik nasib, sangka baik dan buruk dengan isyarat-isyarat tertentu dan mempercayai kuasa azimat serta ahli nujum. Masyarakat jahiliah juga percaya bahawa bayi perempuan membawa tanda buruk kepada keluarga.
    Selepas kedatangan islam corak kehidupan masyarakat arab jahiliah telah berubah. Mereka mendapat kitab suci al-quran dan Nabi sebagai pedoman kehidupan mereka. Agama islam juga menasihati masyarakat arab supaya melepasi mengamalkan agama menyembah berhala. Islam memperkenalkan konsep Tauhid iaitu keesahan kepada tuhan yang satu. Konsep tauhid yang diperkenalkan adalah untuk mengakui segala yang diatas bumi ini dalah dibawa kekuasaan Allah SWT. Hanya Allah SWT yang ber kuasa terhadap sesuatu. Masyarakat mula meniggalkan alam mitos dan khayalan menuju alam pemikiran, akal serta peraturan-peraturan hidup yang jelas. Mereka mula percaya kepada rukun-rukun Iman dan Islam serta beribadat kepada Yang Maha Esa. Islam telah menghapuskan segala kepercayaan kharut dan amalan syirik yang bertentangan dengan syariat islam. Pembunuhan bayi perempuan hidup-hidup juga dilarang dan wanita diberi status yang tinggi dalam kalangan masyarakat arab.
    Kesimpulanya, agama islam membawa pencerahan kepada kehidupan masyarat arab.

    ReplyDelete
  17. Zaman Jahiliah ditakrifkan sebagai zaman kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa. Kehidupan masyarakat Arab Jahiliah adalah kucar-kacir kerana pada Zaman Jahiliah, tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk dalam kehidupan mereka. Masyarakat Arab Jahiliah menyembah berhala iaitu menganut agama wathani dan mengamalkan kepercayaan animisme iaitu memuja alam seperti pokok, matahari, tanah dan sebagainya. Masyarakat Arab Jahiliah juga memiliki kepercayaan khurafat iaitu kepercayaan karut atau tahyul. Antara kepercayaan khurafat masyarakat Arab Jahiliah adalah mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan oleh seseorang mestilah berpandukan arah burung, mempercayai sihir dan ramalan ahli nujam serta mempercayai pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadikan seseorang itu kuat. Di samping itu, mereka juga menganut agama Hanif. Selepas kedatangan Islam, agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhamad s.a.w telah melarang agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah. Dengan kedatangan Islam, kehidupan masyarakat Arab Jahiliah mulai mengalami proses perubahan iaitu masyarakat Arab mula menganuti agama Islam dan membaca ayat al-Quran

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Pada pendapat saya, ciri-ciri kepercayaan dan pegangan agama masyarakat zaman Jahiliah dengan zaman Nabi(s.a.w) terdapat banyak perbezaan. Masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa itu Mekah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianut iialah ajaran animisme, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini jugaterikat dengan kepercayaan karut. Mereka juga percaya bahawa anak perempuan hanya akan membawa sial. Oleh itu, setiap bayi perempuan yang dilahirkan akan ditanam hidup-hidup. Tetapi pada masa itu Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untukmemperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat.

    ReplyDelete