Tuesday 24 June 2014

Pelajar-pelajar SJH3063E  Rujuk  buku Kaedah Pengajaran Sejarah dan buat penilian  strategi  pengajaran  berpusat kepada Guru dan pengajaran berpusat Murid.

PENGAJARAN BERPUSAT KEPADA GURU
Pengajaran berpusat guru bermaksud aktiviti atau proses pengajaran dan pembelajaran  tertumpu kepada guru. Brophy(1978) menyatakan  bahawa  pengajaran  pemusatan guru merupakan  pendekatan yang mudah dirancang dan diuruskan, membekalkan model untuk pemikiran yang betul dan mengekalkan  suasana elitis yang sering  dikaitkan  dengan  kaedah kumpulan.  Pengajaran berpusatkan  lebih sesuai untuk murid yang memiliki lokus kawalan luaran yang menganggap kejayan dan kegagalan mereka adalah disebabkan oleh nasib dan kuasa yang diluar kawalan mereka.

Keseluruhannya  dalam pengajaran dan pembelajaran berpusat guru, murid belajar untuk akur kepada standard yang diletakkan oleh guru.  Apa yang dijelaskan oleh guru dianggap benar dan selagi murid mengikut nilai dann standard yang diletakkan  oleh guru, murid akan mendapat pengiktirafan dan akan berjaya. Dalam pendekatan ini, perkara yang paling penting ialah menguasai pengetahuan iaitu murid  harus tahu tentang kandungan mata pelajaran.  Kandungan inilah yang diuji dan jika ingatan murid itu baik, murid itu mendapat ganjaran  daripada markah yang tinggi.  Di sini fakta yang dipentingkan dan bukannya struktur konsep malah murid  merupakan penerima aliran  komunikasi daripada guru.

PENGAJARAN BERPUSAT MURID
Murid melibatkan  diri secara aktif dalam pembelajaran Sejarah.  Pengajaran dan pembelajaran  hendaklah berasaskan kepada satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru.  Proses interaksi ini boleh berpusatkan murid atau guru.  Bagi pengajaran berpusat guru, guru adalah bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pengajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya.  Sebaliknya, dalam pengajaran berpusatkan murid, murid adalah "autonomous" dan mereka bertanggungjawab  sepenuhnya menentukan hala tuju  proses pembelajaran. Proses dan arah pembelajaran daripada berpusat guru  kepada berpusat murid  mengambil masa.  Proses tersebut  akan meningkat mengikut umur dan kematangan murid. Ilustrasi di bawah menunjukkan  satu kontinum pergerakan pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan murid.

Perhatian
Selain  artikel di atas pelajar- pelajar juga boleh  akses bahan yang akan dimuat naik daripada fail PDF dan buat penilian dengan baiknya.







1 comment:

  1. When I examine myself and some methods of effective teaching, I come to the conclusion that the gift of fantasy has meant more to me. Most important than a curriculum is the question of the methods of teaching and the spirit in which the teaching is given.

    ReplyDelete