Wednesday 25 June 2014

STRATEGI PEMUSATAN BAHAN

STRATEGI PEMUSATAN BAHAN Bahan pengajaran yang digunakan oleh guru seperti carta,model, graf, peta, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. BAHAN PEMBELAJARAN Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti, kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer. Penggunaan komputer sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting. Gearheart dan Gearheart(1989), Hawkridge dan Vincent (1992) serta Marher dan Bos(1994), sependapat menyatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui kaedah literasi komputer. Ia mungkin disebabkan oleh kaedah ini memaparkan sesuatu yang baru dan menarik perhatian. CIRI-CIRI PEMUSATAN BAHAN - Bahan pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan yang penting. - Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. - Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. - Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas disamping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. - Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran Berdasarkan maklumat yang anda dapat melalui pembacaan pengajaran berpusatkan bahan, buat satu analisis secara ringkas apakah kebaikan kaedah ini dan apakah kekurangannya. Posted by Mr Baskaran Subramaniam

No comments:

Post a Comment