Wednesday 25 June 2014

Strategi pemusatan guru

Strategi pemusatan guru memperlihatkan guru sebagai individu yang memainkan peranan utama dalam menguasai dan mengawal segala bentuk aktiviti yang dijalankan.

Sesi pengajaran dan pembelajaran berbentuk kuliah iaitu guru banyak memberi penerangan dan murid hanya mendengar setiap penerangan dengan teliti.

Ciri- ciri strategi pemusatan guru ialah : 
• Guru sebagai penyampai maklumat dan murid berperanan sebagai penonton sahaja.
• Kepimpinan guru bersifat autokratik.
• Murid tidak berpeluang menyampaikan pendapat mereka.
• Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan
• Komunikasi antara murid dan guru adalah sehala
• Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru
• Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi • Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafaz tetapi kurang upaya untuk membuat interprestasi
• Interaksi antara murid adalah pasif dan pergaulan sosial murid terbatas.
• Kebolehan dan minat murid tidak diambil berat
• Murid menjadi kurang kreatif dan tidak diberi peluang untuk menjana idea

 - See more at: http://www.zairedin.com/2012/07/strategi-berpusatkan-guru.html#sthash.lJL80suR.dpuf

No comments:

Post a Comment