MEMPERKASAKAN SEJARAH MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT
Wednesday, 26 July 2017
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. Unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses PdP selain yang diterapkan dalam Standard Kandungan.
2. EMK diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran danketrampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
APAKAH TUJUAN EMK?
Memberi fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Mempunyai ciri keusahawanan dan menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
OBJEKTIF ELEMEN MERENTAS KURIKULUM
1. Supaya murid mempunyai ketrampilan diri dan personaliti kreatif.
2. Menghasilkan kemahiran dalam proses kreatif.
3. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
4. Menguasai kemahiran komunikasi
5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara KBKK
6.Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus kehidupan harian secara kreatif dan inovatif.
APAKAH ELEMEN TAMBAHAN DALAM KSSR?
1.Kreativiti dan Inovatif
2.Keusahawanan
3.Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Tuesday, 25 July 2017
Bahan Bantu Mengajar (Yang Di-Pertuan Agong)
Sejarah Tahun 5
Tema: Yang Di-Pertuan Agong
Standard Kandungan: Institusi
Yang di-Pertuan Agong
Standard Pembelajaran
8.1.1 Menyatakan Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi
ketua negara Malaysia.
8.1.2 Menyatakan cara pelantikan Yang di-Pertuan Agong.
8.1.3 Menyenaraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.
8.1.4 Menyatakan alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan
Agong dan Permaisuri Agong.
K8.1.6 Menjelaskan keunikan
institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan
di Malaysia.
K8.1.7 Menyatakan
kepentingan menghormati pemimpin negara.
Aktiviti
·
Menonton tayangan
video tentang Senarai Yang di-Pertuan Agong.
·
Menyusunkan nama
negeri, gambar-gambar, nama, tempoh masa Yang di-Pertuan Agong mengikut urutan
Set Induksi
·
Saya akan menunjukkan
gambar Ringgit Malaysia.
·
Saya tanya soalan
kepada murid berkaitan dengan gambar Ringgit Malaysia.
Ø Siapakah tokoh dalam Ringgit Malaysia? Murid akan
menjawab soalan guru secara lisan.
Ø Apakah peranan tokoh ini? Murid menjawab soalan guru
secara lisan.
Ø Saya mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari
ini.
Mengajar murid tentang:
Ø Kaedah Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Ø Adat Dijunjung, Istiadat Disanjung
Ø Raja Berdaulat (Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
Ø Alat Kebesaran Diraja
Ø Daulat Tuanku
Ø Menghormati Pemimpin
Aktiviti Papan Senarai Yang
di-Pertuan Agong
·
Saya akan
membahagikan murid kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang
ahli kumpulan.
·
Setiap kumpulan
diberi tiga set maklumat Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi nama negeri,
gambar, nama dan tempoh masa Yang di-Pertuan Agong.
·
Setiap kumpulan akan
membuat perbincangan kumpulan masing-masing.
·
Saya akan memainkan
lagu semasa setiap kumpulan membuat perbincangan.
·
Saya akan berhentikan
lagu dan murid keluar untuk melekat maklumat itu di atas papan yang disediakan
oleh saya.
·
Selepas murid melekat
semua maklumat Yang di-Pertuan Agong, saya akan memastikan ia adalah betul,
jika terdapat kesalahan saya akan menyuruh murid untuk membuat pembaikian.
·
Saya akan memberi
pujian kepada setiap kumpulan.
Penerapan Nilai Murni
·
Bersyukur
·
Menghormati
·
Mempertahan
·
Semangat patriotik
·
Semangat jati diri
·
Menghargai
·
Kesetiaan
·
Berani
Bahan Bantu Mengajar (Perjuangan Kemerdekaan Negara)
Tema: Lahirnya Sebuah Negara Baharu
Tajuk: Perjuangan
Kemerdekaan Negara
Set Induksi (5 minit)
·
Pada mulanya, guru
akan menayangkan video “Perjuangan Menuntut Kemerdekaan” supaya menjadi
ransangan kepada murid sekalian.
·
Untuk unsur seni
muzik, murid akan didedahkan dengan tayangan video.
·
Tujuan penayangan
video secara tidak langsung telah menarik minat murid untuk mempelajari topik
ini.
·
Mereka mempunyai
semangat ingin tahu yang kuat tentang apakah yang sedang berlaku ketika Tunku
Abdul Rahman menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
- Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan
----- Klip video
·
Mempunyai muzik yang
digemari oleh murid
·
Dapat mengembangkan
Teori Kecerdasan Pelbagai murid seperti kemahiran visual-ruang.
Langkah 1 (15 minit)
·
Guru mempamerkan buku
skrap yang bertajuk “Perjuangan Menuntut Kemerdekaan”.
·
Melalui nota-nota
yang ringkas dan padat, murid dapat memahami dengan jelas tentang konsepnya.
·
Selepas murid
menguasai tentang konsep tersebut, soalan-soalan akan diutarakan oleh guru
untuk menguji kefahaman murid.
- Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan
----- Buku Skrap
·
Nota yang ringkas
·
Susunan isi yang
tersusun dan terperinci
·
Ini secara tidak
langsung dapat menarik minat murid.
Langkah 2 (15 minit)
·
Guru mempamerkan buku
skrap yang bertajuk “Wira Merdeka”.
·
Guru menunjukkan
gambar-gambar wira merdeka di samping memperkenalkan wira merdeka.
·
Guru menerangkan
peranan serta sumbangan yang telah dilakukan oleh wira merdeka.
·
Untuk tujuan seni
visual, Buku Skrap ini diselit dengan seni renjisan bagi menarik minat pelajar
untuk mempelajari topik ini
- Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan
----- Buku Skrap
·
Mengenali gambar wira
merdeka
·
Dapat membantu murid
untuk mengenal pasti wira merdeka,
peranan dan sumbangan yang dinyatakan
·
Buku Skrap yang
menarik adalah lebih mudah diingati oleh murid.
Langkah 3 (10 minit)
·
Murid dibahagikan
kepada dua kumpulan.
·
Permainan disediakan
oleh guru sebagai langkah untuk merehatkan otak minda murid.
·
Aktiviti seperti ini
juga boleh menghilangkan kebosanan di dalam kelas dengan aktiviti bergerak.
·
Contohnya, “puzzle”,
“word search”, “station game” dan sebagainya.
·
Permainan-permainan
ini melibatkan pergerakan murid.
- Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan
----- Kad manila
·
Untuk membuat
aktiviti “Puzzle” Tunku Abdul Rahman.
----- Kertas mahjong
·
Untuk membuat
aktiviti “Word Search” berkaitan dengan apa yang telah dipelajari tadi.
Langkah 4 (10 minit)
·
Lembaran kerja
diagihkan kepada pelajar untuk menilai atau menguji kefahaman murid tentang apa
yang telah dipelajari.
·
Sebagai guru yang
bertanggungjawab, guru perlu membimbing pelajar untuk menyelesaikan soalan atau
masalah yang ditimbulkan dalam lembaran kerja tersebut.
- Bahan Bantu Mengajar yang
digunakan
----- Kertas A4
·
Untuk mencetak
lembaran kerja yang telah disediakan seterusnya mengedarkan kepada para murid.
Penutup (5minit)
·
Guru haruslah
menyimpulkan apa yang telah diajar oleh beliau serta apa yang telah dipelajari
oleh murid.
·
Guru perlu meminta
murid untuk merumuskan tentang apa yang tela dipelajari.
·
Selepas tamat
pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru perlu membat refleksi kendiri.
Bahan Bantu Mengajar (Sejarah Dan Kita)
Tema: Mari Belajar Sejarah
Unit 1: Sejarah Dan Kita
Bahan Bantu Mengajar
·
Video Klip
·
Kad Aktiviti
·
Puzzle
·
Slaid Power Point
·
Gambar rajah
·
Kertas Catatan
Set Induksi
·
Guru memulakan
pengajaran dengan menayangkan sebuah video klip.
·
Guru memperkenalkan
konsep sejarah dan peristiwa bersejarah
- Hasil Pembelajaran
·
Murid memperolehi
gambaran tentang konsep sejarah
·
Memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran diteruskan
·
Video yang disediakan
mengandungi unsur seni dan muzik yang boleh menarik perhatian murid
Langkah 1: Kenali Sejarah
·
Guru memberi
penerangan tentang Sumber Pertama dan Sumber Kedua melalui slaid
·
Murid dibahagikan
kepada dua kumpulan.
·
Setiap kumpulan
diberi gambar berkenaan dengan sumber pertama dan sekunder.
·
Murid-murid diberi
masa 5 minit untuk berbincang dalam kumpulan.
·
Murid-murid
dikehendaki menampal gambar sumber sejarah tersebut di kad yang disediakan.
Hasil Pembelajaran
·
Murid dapat memahami
tentang sumber pertama dan sumber kedua
·
Murid dapat
mengkategorikan sumber pertama dan sumber kedua dengan betul
·
Murid dapat memupuk
nilai bekerjasama apabila aktiviti kumpulan dijalankan
·
Murid dapat
membandingbeza antara sumber pertama dan sumber kedua
·
Peta i-think dalam
slaid yang berwarna-warni boleh meningkatkan semangat ingin tahu murid dan
memudahkan murid untuk ingat
Langkah 2: Kaedah Pencarian
Maklumat Sejarah
·
Murid dibahagikan
kepada tiga kumpulan.
·
Setiap kumpulan
diberikan sampul yang mengandungi kepingan ‘puzzle’.
·
Setiap kumpulan
diminta untuk menyusun kepingan ‘puzzle’ tersebut menjadi satu gambar.
·
Setiap kumpulan
diberi 5 minit untuk berbincang tentang gambar tersebut.
·
Wakil setiap kumpulan
diminta untuk membentangkan kaedah pencarian maklumat sejarah dan ciri-ciri
kaedah pencarian maklumat sejarah berdasarkan gambar tersebut.
Hasil Pembelajaran
·
Melatih murid untuk
bekerjasama semasa aktiviti berkumpulan dijalankan
·
Murid dapat memahami
dengan kaedah pencarian maklumat sejarah
·
Murid dapat
membezakan dengan kaedah lisan, kaedah arkeologi dan kaedah bertulis
·
Meningkatkan
keyakinan diri murid
·
Murid dapat menguasai
ilmu dengan baik melalui gambar rajah
Langkah 3: Konsep Masa dalam
Sejarah
·
Murid dikehendaki
untuk menulis kronologi peristiwa sejarah individu atas kertas yang disediakan.
·
Guru akan mengutip
jawapan murid setelah 5 minit
Hasil Pembelajaran
·
Murid dapat memahami
tentang kronologi masa
·
Murid dapat memberi
contoh dengan betul
·
Murid dapat berfikir
secara kritis
·
Murid dapat
menghubungkaitkan peristiwa-peristiwa yang dilaluinya sebelum ini
Penutup
·
Guru membahagikan
murid kepada tiga kumpulan.
·
Setiap kumpulan perlu
menghantar seorang wakil kumpulan untuk merumuskan hasil pelajaran
Bahan Bantu Mengajar (Kerajaan Melayu Awal)
SEJARAH TAHUN 4
TAJUK 4: UNIT 7
KERAJAAN MELAYU AWAL
OBJEKTIF
·
Menamakan
kerajaan-kerajaan Melayu awal.
·
Mengenal pasti lokasi
kerajaan-kerajaanMelayu pada peta Malaysia.
·
Menamakan laut,
selat,teluk dan pulau pada peta di sekitar Kerajaan Melayu awal.
·
Menyatakan aktiviti
berasaskan laut dalam kerajaan-kerajaan Melayu.
·
Menyatakan
keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu awal.
·
Menyatakan keperluan
menjaga kebersihan pesisiran pantai.
Set induksi
- Peruntukan masa : 5 minit
- Objektif : murid mengetahui maksud
Kerajaan Melayu Awal, keistimewaannya dan mendapat gambaran awal
topik yang akan dipelajari.
·
Guru menayangkan
video berkenaan Kerajaan-kerajaan Awal Melayu
Soalan guru:
1. Apakah yang diterangkan melalui video tersebut?
Murid menjawab secara lisan
2. Namakan beberapa buah kerajaan Melayu awal yang kamu lihat dari video?
Murid menjawab secara lisan
·
Guru mengaitkan
jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari itu
Langkah 1: Mengenai Warisan
Negara Saya tentang kedudukan kerajaan Melayu Awal di Asia Tenggara.
- Peruntukan masa : 15 minit
- Objektif : Murid menamakan dan
mengetahui lokasi Kerajaan Melayu Awal
·
Guru menerangkan
contoh-contoh Kerajaan-kerajaan Melayu Awal di Asia Tenggara beserta
keistimewaannya di peta yang disediakan.
·
Guru juga akan
menerangkan maksud laut, selat, pulau dan teluk.
- Aktiviti 1:
1. Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk
melabel lokasi Kerajaan Melayu Awal.
2. Murid tersebut kemudian perlu menerangkan keistimewaan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal tersebut.
3. Guru memberikan maklum balas terhadap jawapan-jawapan
murid.
Aktiviti 2:
1. Guru memanggil murid lain ke hadapan untuk menampal nama
Kerajaan Melayu Awal mengikut
keistimewaannya.
2. Murid dapat mengukuhkan ingatan dan kefahaman mereka tentang
keistimewaan Kerajaan Melayu Awal
tersebut.
Langkah 2: Mengenalpasti
lapan arah mata angin dalam peta Asia Tenggara
- Peruntukan masa : 10 minit
- Objektif : 1) Murid mengetahui
kegunaan arah mata angin.
2) Murid mengenali lapan arah mata
angina
·
Guru menerangkan
tujuan mata angin digunakan.
·
Guru juga mengenalkan
lapan arah mata angin kepada murid.
Aktiviti 3:
1. Guru meminta murid ke hadapan untuk memusingkan anak panah mengikut arah
mata angin yang diberitahu.
Langkah 3: Keunikan
Kerajaan-kerajaan Melayu Awal
- Peruntukan masa : 10 minit
- Objektif : Menamakan dan mengetahui
lokasi Kerajaan Melayu Awal
- Aktiviti 4:
2. Guru menunjukkan demo cara menyanyi lagu Keunikan Kerajaan Melayu Awal kepada murid.
3. Guru meminta murid menyanyikan lagu tersebut mengikut rentak yang telah
diajar.
4. Daripada lagu tersebut, murid mengetahui tentang keunikan
Kerajaan Melayu Awal.
Langkah 4: Laut Anugerah
Tuhan
- Peruntukan masa : 15 minit
- Objektif : 1. memupuk sikap
bertoleransi ketika bekerja sebagai sepasukan
2. mengetahui kesan pencemaran lautan
3. memupuk daya kreativiti murid-murid.
·
Guru menayangkan klip
video mengenai kesan pencemaran laut.
- Aktiviti 5:
1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan kesan pencemaran
laut kepada kehidupan.
3. Guru meminta wakil kumpulan untuk membentangkan hasil
perbincangan mereka.
- Aktiviti 6:
1. Guru mengedarkan kertas bergambar tentang hidupan laut di
laut yang bersih.
2. Murid diminta untuk mewarna berdasarkan daya kreativiti
mereka.
Penutup
·
Guru menyoal murid
tentang pengajaran yang dipelajari
·
Guru merumuskan
keseluruhan isi pembelajaran
Subscribe to:
Posts (Atom)