Kanak-kanak,
Deria dan Seni
4.1
Perkembangan kepekaan deria kanak-kanak melibatkan deria
Sentuh
Dengar
Lihat
Rasa
Hidu
Jelaskan
kepentingan kelima-lima deria di atas dalam proses pengajaran dan pembelajaran
sejarah sekolah rendah.
Definisi
Deria
Sistem yang terdiri daripada
sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu dalam
otak di mana isyaratnya diterima lalu ditafsirkan.
Perkembangan
kepekaan deria
• Pada usia 0-2 tahun :
ü Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan
deria.
ü Memperoleh koordinasi dan kawalan otot
ü Mengenal objek dan alam sekitar
• Pada usia 6-12 tahun :
ü Perkembangan kepekaan deria matang.
• Perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor
baka dan persekitaran.
• Perkembangan kematangan deria adalah penting dalam
mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.
• Aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu
seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria.
Deria
-
Sentuh
-
Dengar
-
Lihat
-
Rasa
-
Hidu
Sentuhan
• Secara umumnya, sentuhan dilakukan dengan menggunakan
jari.
• Aspek psikomotor yang mula-mula diperolehi.
• Perkembangan deria sentuh ini mula berkembang ketika
masih bayi.
• Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan berhenti
menangis dan berasa selamat.
• Melalui sentuhan, murid akan dapat melakukan pelbagai
aktiviti antaranya ialah murid menggunakan jari untuk melukis, mencipta corak
irama dan mengetahui aras atau ruang ( tinggi / rendah, dekat/jauh)
• Kombinasi lembut atau kasar, licin atau kesat, tajam
atau tumpul dan lain-lain dapat dirasa melalui sentuhan.
• Kepekaan deria sentuh ini membantu murid membezakan
kepelbagaian jenis permukaan dan tekstur yang wujud.
• Aktiviti yang melibatkan deria sentuh akan membantu
murid menjadi lebih teliti dan peka dalam mengecam sesuatu.
Dengar
• Mendengar melibatkan telinga.
• Contoh :
• Aktiviti seni visual : murid belajar
menginterpretasikan muzik yang di dengari di dalam sebuah karya seni.
• Aktiviti muzik : murid mendengar lagu yang dimainkan
dan cuba mengecam dan membuat klasifikasi alat muzik yang digunakan.
• Aktiviti pergerakan : murid mengaplikasi rentak muzik
dalam bentuk pergerakan fizikal.
Lihat
• Menggunakan deria mata
• Melibatkan pengamatan dan pemerhatian.
• Contoh : melalui pengamatan terhadap karya seni yang
menarik, akan menggalakkan murid lebih menghayati seni dan meminatinya.
Rasa
• Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid.
• Dengan menggunakan deria ini, murid akan dapat membuat
sesuatu persepsi dengan tepat.
• Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi
(penilaian) atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya.
• Di dalam seni visual, murid akan dapat meluahkan
perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat aktiviti
seni.
• Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kaki
murid akan bergoyang disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik yang
didengarinya.
Hidu
• Hidu lebih menekankan aspek penanggapan.
• Penanggapan bermaksud proses penyusunan maklumat deria
khasnya pada deria perhatian dan pendengaran.
• Penanggapan = kebolehan mental merancang strategi dan
menyelesaikan masalah.
• Contohnya, murid membuat penanggapan apakah konsep
yang akan diajar oleh guru.
Strategi
untuk menyerapkan unsur penanggapan dalam pengajaran
a) Kebolehan mental murid
Ø Faktor ini penting untuk memastikan setiap murid
mendapat pembelajaran yang optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.
b) Pendekatan pengajaran
Ø Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak
digunakan untuk membentuk penanggapan yang baik.
i) Pendekatan inkuiri penemuan
- Murid
mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian
masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan
menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru
hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukannya sebagai pemberi jawapan
yang sebenar.
- Contoh
: guru menyediakan tajuk Seni Batik, maka murid-murid akan mencari
sebanyak mana maklumat untuk menghasilkan corak yang terbaik.
- Pendekatan
resepsi
- Guru
menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung
kepada pelajar.
- Pendekatan
deduktif
- Guru
menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan
diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.
Kepentingan
kepekaan deria
Menurut Mohd Jamel Ismail (2010), dengan menggunakan deria aktiviti seni
dapat meningkatkan naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan
eksperimentasi.
Menurut Willian G. Perry Jr (1982), pengalaman pembelajaran melalui
pelbagai deria boleh menghasilkan hasil pembelajaran yang baik. Beliau
menyatakan bahawa,
“ Semakin kerap anda menggunakan peralatan atau teknik yang memerlukan
penggunaan lebih daripada satu deria manusia, semakin banyak anda dapat
menolong mempelajari kemahiran teknomotor. “
Persekitaran
Aspek fizikal
Aspek sosial
Aspek emosi
Aspek
fizikal
• Cahaya
Ø dapat menerangi ruang bilik darjah.
• Peredaran Udara
Ø menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan
pelajar.
• Stor
Ø tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja
murid sama ada dalam bilik stor atau almari.
• Panel dan Rak Pameran
Ø untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid.
• Perabot
Ø Kemudahan Asas
Ø Sinki dan punca elektrik dipasang di tempat yang
sesuai.
Aspek
emosi
• Hiasan Dalaman
• menggalakkan lagi interaksi pelajar
• Ruang
• menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif.
• Peragaan Hasil Kerja
• dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.
Aspek
sosial
• Interaksi Murid
• dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan
murid dengan guru.
• Kemudahan Aktiviti Kumpulan
• Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti
kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.
Perkembangan
Nilai Estetika
• Perkataan Greek iaitu aisthetikos –merujuk kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria.
• Bagi Bates (2000), satu kajian falsafah yang berkaitan
dengan kecantikan.
• Gazalba (1978), satu cabang ilmu normatif yang membawa
nilai-nilai kecantikan dan kebaikan.
• Ragans
(2000) - menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya
tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya.
• Abdul
Shukor Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai
pengalaman estetik.
•
Persepsi
• Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi
individu terhadap rangsangan.
individu terhadap rangsangan.
•
Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi :
• Jangkaan
• Hubungan latar depan dan belakang
• Penumpuan
• Tempoh masa
• Tugasan jelas
• Pengalaman
• Susunan objek
•
Imaginasi
• Merupakan daya khayalan atau kemampuan
menggambarkan sesuatu.
menggambarkan sesuatu.
•
Konsepsi pelajar
• Proses pembentukan konsep adalah untuk
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep.
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep.
Penggabungjalinan
• Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang
terdapat dalam satu-satu kemahiran iaitu gabungan kemahiran fokus dan kemahiran
sampingan
• Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran
yang berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh.
• Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum
:
• Kemahiran belajar untuk belajar – kemahiran membaca
dengan pantas , membuat nota dan lain-lain
• Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis –
mengenal fakta, membuat andaian dan membawa kepada perubahan yang positif.
Manakala pemikiran kritis juga membolehkan pelajar membuat analisis dan membuat
penyelesaian.
• Kemahiran pelbagai kecerdasan – 8 kecerdasan
• Kemahiran generik-kemahiran komunikasi,IT,kerja dalam
kumpulan
Kebaikan
Penggabungjalinan
• Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah
diperolehi
daripada mata pelajaran lain.
daripada mata pelajaran lain.
• Kemahiran sampingan yang terdapat dalam
penggabungjalinan
dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang
dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang
dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
• Pelajar berpeluang untuk menyatupadukan
kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan.
• Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana
pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.
pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.
Kesimpulan ringkas
• Murid
• Dapat berinteraksi secara langsung dengan
persekitaran.
• Dapat memperkembangkan kemahiran meneroka.
• Dapat membentuk kebolehan untuk membuat pertimbangan
yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.
• Guru
• Dapat menyampaikan informasi secara lebih berkesan.
• Dapat menarik minat murid untuk belajar.
• Dapat mengekalkan tumpuan murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
Soalan
1. Terdapat beberapa jenis deria? Nyatakan.
Ø Terdapat lima jenis deria, iaitu sentuh, dengar,
lihat, rasa dan hidu.
2. Nyatakan satu kepentingan deria dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Ø Murid dapat berinteraksi secara langsung dengan
persekitaran.
Ø Guru dapat menarik minat murid untuk belajar.
Ø Jawapan-jawapan yang munasabah.
Bibliografi
Mohd Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Percetakan ZafAr Sdn. Bhd.
William G. Perry Jr. (1982). Cara Membina Pendidikan Vokasional
Berasaskan Kecekapan. Johor Bahru:
Cetak Ratu sdn. Bhd.
No comments:
Post a Comment