TAJUK 7: PERJUANGAN KEMERDEKAAN NEGARA
7.2 Perjuangan Tokoh
Tempatan menentang British
Set Induksi
·
Tayangan Video:
Pemasyuran Kemerdekaan Negara
·
Mengetahui
detik-detik bersejarah kemerdekan negara:
·
Guru bertanyakan
kepada murid-murid intipati yang terdapat dalam video yang ditayangkan.
·
Guru mengaitkan
jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar.
Langkah 1
·
Melabelkan
tokoh-tokoh pejuang tempatan dengan kawasan kebangkitan berdasarkan peta
Malaysia:
·
Aktiviti 1:
Melabelkan tokoh
·
Guru memaparkan
sebuah peta Malaysia yang merangkumi kawasan kebangkitan tokoh-tokoh pejuang
tempatan.
·
Guru menyediakan
beberapa buah kad yang tertera gambar tokoh-tokoh pejuang tempatan.
·
Guru menyuruh
murid-murid untuk melabelkan kad pada tempat yang betul.
Langkah 2
·
Memahami perjuangan
tokoh-tokoh pejuang tempatan
·
Aktiviti 2: Mengenali
tokoh-tokoh pejuang tempatan.
·
Murid-murid
dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada enam
orang murid.
·
Guru memaparkan
mounting board berkenaan sebab-sebab dan peristiwa-peristiwa penentangan
beberapa tokoh pejuang tempatan.
·
Setiap kumpulan perlu
menamakan seorang tokoh pejuang berdasarkan petunjuk yang telah diberikan.
·
Guru menyuruh
murid-murid menamakan tokoh pejuang tempatan berdasarkan sebab penentangan dan
peristiwa penentangan yang dialami oleh tokoh tersebut.
·
Murid-murid diberikan
masa selama tiga minit untuk berbincang dengan ahli-ahli kumpulan sebelum
mengemukakan jawapan.
·
Kemudian, dengan
iringan video lagu guru mengarahkan murid-murid menyiapkan puzzle gambar tokoh
pejuang mengikut kumpulan masing-masing.
Penutup
·
Guru merumuskan
isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.
·
Guru menekankan
semangat patriotism yang mesti ada dalam diri murid-murid.
Hasil Pembelajaran
- Murid-murid dapat:
1. Menyenaraikan tokoh-tokoh tempatan yang menentang
penjajahan British.
2. Menyatakan peristiwa penentangan tokoh tempatan terhadap
British.
3. Menyatakan sebab penentangan tokoh tempatan terhadap
British.
4. Menyatakan iktibar yang diperoleh daripada perjuangan
tokoh terdahulu.
5. Menyatakan rasa bangga terhadap perjuangan pemimpin
terdahulu.
6. Menyatakan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.
No comments:
Post a Comment