- Bertujuan untuk menyemai ilmu pengetahuan dan asas kemahiran Pemikiran Sejarah disamping penerapan semangat patriotik.
- Supaya murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan sesuatu peristiwa penting dan tokoh-tokoh terlibat.
- Murid juga dapat membuat perbandingan pengalaman manusia dan seterusnya berupaya memahami diri mereka secara individu serta sebagai ahli dalam sesebuah masyarakat.
- Pemahaman teks sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta akan negara dan melahirkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.
OBJEKTIF KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
i. memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu.
ii. mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah
iii. memahami idea, konsep serta elemen sebab dan akibat dalam sejarah
iv. menyatakan kepentingan sejarah dalam kehidupan dengan mengambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan suasana keharmonian.
v. menyatakan pelbagai bentuk persembahan dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian sejarah.
No comments:
Post a Comment