Tema: Mari Belajar Sejarah
Unit 1: Sejarah Dan Kita
Bahan Bantu Mengajar
·
Video Klip
·
Kad Aktiviti
·
Puzzle
·
Slaid Power Point
·
Gambar rajah
·
Kertas Catatan
Set Induksi
·
Guru memulakan
pengajaran dengan menayangkan sebuah video klip.
·
Guru memperkenalkan
konsep sejarah dan peristiwa bersejarah
- Hasil Pembelajaran
·
Murid memperolehi
gambaran tentang konsep sejarah
·
Memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran diteruskan
·
Video yang disediakan
mengandungi unsur seni dan muzik yang boleh menarik perhatian murid
Langkah 1: Kenali Sejarah
·
Guru memberi
penerangan tentang Sumber Pertama dan Sumber Kedua melalui slaid
·
Murid dibahagikan
kepada dua kumpulan.
·
Setiap kumpulan
diberi gambar berkenaan dengan sumber pertama dan sekunder.
·
Murid-murid diberi
masa 5 minit untuk berbincang dalam kumpulan.
·
Murid-murid
dikehendaki menampal gambar sumber sejarah tersebut di kad yang disediakan.
Hasil Pembelajaran
·
Murid dapat memahami
tentang sumber pertama dan sumber kedua
·
Murid dapat
mengkategorikan sumber pertama dan sumber kedua dengan betul
·
Murid dapat memupuk
nilai bekerjasama apabila aktiviti kumpulan dijalankan
·
Murid dapat
membandingbeza antara sumber pertama dan sumber kedua
·
Peta i-think dalam
slaid yang berwarna-warni boleh meningkatkan semangat ingin tahu murid dan
memudahkan murid untuk ingat
Langkah 2: Kaedah Pencarian
Maklumat Sejarah
·
Murid dibahagikan
kepada tiga kumpulan.
·
Setiap kumpulan
diberikan sampul yang mengandungi kepingan ‘puzzle’.
·
Setiap kumpulan
diminta untuk menyusun kepingan ‘puzzle’ tersebut menjadi satu gambar.
·
Setiap kumpulan
diberi 5 minit untuk berbincang tentang gambar tersebut.
·
Wakil setiap kumpulan
diminta untuk membentangkan kaedah pencarian maklumat sejarah dan ciri-ciri
kaedah pencarian maklumat sejarah berdasarkan gambar tersebut.
Hasil Pembelajaran
·
Melatih murid untuk
bekerjasama semasa aktiviti berkumpulan dijalankan
·
Murid dapat memahami
dengan kaedah pencarian maklumat sejarah
·
Murid dapat
membezakan dengan kaedah lisan, kaedah arkeologi dan kaedah bertulis
·
Meningkatkan
keyakinan diri murid
·
Murid dapat menguasai
ilmu dengan baik melalui gambar rajah
Langkah 3: Konsep Masa dalam
Sejarah
·
Murid dikehendaki
untuk menulis kronologi peristiwa sejarah individu atas kertas yang disediakan.
·
Guru akan mengutip
jawapan murid setelah 5 minit
Hasil Pembelajaran
·
Murid dapat memahami
tentang kronologi masa
·
Murid dapat memberi
contoh dengan betul
·
Murid dapat berfikir
secara kritis
·
Murid dapat
menghubungkaitkan peristiwa-peristiwa yang dilaluinya sebelum ini
Penutup
·
Guru membahagikan
murid kepada tiga kumpulan.
·
Setiap kumpulan perlu
menghantar seorang wakil kumpulan untuk merumuskan hasil pelajaran
No comments:
Post a Comment