Tajuk: Parameswara Pengasas Melaka
Isi Pelajaran & Objektif Pelajaran
Set Induksi
• Menghuraikan latar belakang Parameswara
Pengembaraan Parameswara
• Menyatakan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
Munculnya Negeri Teragung
• Menyatakan peristiwa pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara.
Asal Usul Nama Melaka
• Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumber.
Kepimpinan Parameswara
• Menyatakan sifat kepimpinan Parameswara dalam membangunkan Melaka.
Set Induksi ((±5 minit):
• Sesi soal penyoalan
- Siapakah Parameswara?
- Parameswara berasal dari mana?
- Mengapakah Parameswara bergerak ke Melaka?
• Memperkenalkan tokoh Parameswara sebagai pengasas Melaka
BBM: Gambar Rajah
• Meringkaskan fakta-fakta sejarah yang mengenai latar belakang Parameswara
• Membantu murid-murid mendapatkan idea atau ilmu paling asas bagi tajuk tugasan ini.
Langkah 1 (±10 minit): Pengembaraan Parameswara
• Penerangan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Pelembanag ke Melaka.
• Pengunaan permainan “Lucky Wheel” untuk sesi soal penyoalan supaya murid berasa seronok dan berasa minat untuk terus belajar.
• Soalan 1: Parameswara bergerak ke____________apabila baginda gagal melepaskan kerajaannya daripada penguasaan Majapahit.
Jawapan: Temasik
Langkah 2 (±10 minit): Munculnya Negeri Teragung
• Siaran video yang mengenai pembukaan Melaka
• Penjelasan semula peristiwa-peristiwa pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara dengan menggunakan srick puppet.
• Aktiviti 2 yang akan dijalankan ialah perlakonan mengikut kumpulan tentang peristiwa-peristiwa pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara
BBM: Video, stick puppet
• Video: memberi gambaran kepada murid terlebih dahulu sebelum memulakan penerangan.
• Stick puppet: melibatkan seni visual, seni pergerakan yang dapat memenuhi keperluan kecerdasan pelbagai murid
• Aktiviti (lakonan): merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid, memupuk semangat bekerjasama
Langkah 3 (±10 minit): Asal usul Nama Melaka
• Penerangan asal usul nama Melaka dengan menggunakan I-Think.
• Kemudian, saya akan menjalankan permainan kecil dengan menyiarkan lagu negeri Melaka.
• Semasa penyiaran lagu, murid diberikan satu botol air untuk memberikan kepada rakan yang seterusnya sehingga lagu dihentikan.
• Apabila lagu dihentikan maka murid yang mengambil botol air perlulah menjawab soalan guru yang mengenai asal usul nama Melaka.
BBM: Peta Minda
• Teknik mengrafik yang meliputi kata kunci: dapat membuka potensi pemikiran yang dapat berfikir secara analikal dan di luar kotak
• Peta minda yang dihasilkan dalam cara berwarna-warni membantu murid mencapai keberkesanan mengingat fakta-fakta sejarah penting
• Aktiviti: Melibatkan seni muzik dan seni pergerakan
Langkah 4 (±10 minit): Kepimpinan Parameswara
• Penerangan sifat-sifat kepimpinan Parameswara dengan menggunakan slaid computer riba.
• Bagi aktiviti 4, murid-murid akan diberikan kertas warna dan pen warna untuk menghasilkan peta minda mengenai sifat-sifat kepimpinan Parameswara.
• Aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan.
BBM: Slaid Pembentangan (Power Point)
• Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan pendekatan pendidikan abab-21
• Murid didedahkan dengan kemahiran cara belajar yang lebih sistematik dan kreatif (ICT)
• Meningkatkan minat belajar murid
• Aktiviti (penghasilan peta minda secara berkumpulan): membimbing murid agar melihatkan sesuatu perkara daripada pelbagai aspek dan meninjau sesuatu idea dari sudut pandangan orang lain.
Penutup (±10 minit): Pengukuhan dan Rumusan
• Saya akan merumuskan kembali penbelajaran hari ini dengan mengimbas kembali peristiwa mengasas Melaka, peristiwa pembukaan Melaka, asal usul nama Melaka dan sifat-sifat kepimpinan Parameswara.
• Pertandingan kuiz untuk menilai pemahaman murid tentang isi pembelajaran hari ini
Pertandingan kuiz
• Menilai pemahaman murid tentang isi pelajaran hari ini sebagai langkah pengukuhan ilmu pengetahuan
• Wujudkan persaingan positif dalam kalangan murid
• Guru dapat membuat refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan isi pelajaran hari ini dengan merujuk kepada penilaian yang dilaksanaka
No comments:
Post a Comment