Saturday 22 July 2017

NOTA : KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH(SJHK3063)
 
ZAMAN AIR BATU
 Tempoh suhu menurun dalam jangka masa lama menyebabkan peningkatan dalam keluasan air  batu di kawasan  kutub dan glasier  gunung (suhu dunia lebih rendah  daripada sekarang.
Secara geologi zaman air batu dirujuk  kepada tempoh  lapisan air batu di utara dan selatan  hemisfera  membeku menyebabkan  aras air laut menurun  dan kawasan tanah lebih luas.
Secara ringkasnya, dan untuk tempoh 4 juta tahun kebelakangan ini, tafsiran "Zaman Air Batu" digunakan untuk merujuk kepada tempoh  yang lebih sejuk dengan liputan air batu yang luas di seluruh benua Amerika Utara  dan Eropah.
sunagKEPULAUAN MELAYU
Zaman Air Batu dapat dibuktikan  melalui kewujudan  Pentas Sunda. Penigkatan  suhu muka bumi mulai  10,000 tahun dahulu menyebabkan pencairan air batu. Faktor ini mewujudkan sungai, laut  dan kawasan darat yang besar. Kawasan darat ini dikenali sebagai Pentas Sunda.
Pencairan air batu yang berterusan  menyebabkan  aras laut  naik tiga meter lebih tinggi  berbanding  aras laut pada Zaman Air Batu. Pencairan ini disebabkan  oleh perubahan  suhu yang menyebabkan Pentas Sunda ditenggelami air. Akibatnya terbentuklah  pulau-pulau yang dinamakan  Kepulauan Melayu.




No comments:

Post a Comment