BENTUK KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH
Reka bentuk Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah dibuat secara modular di bawah Tunjang Kemanusiaan. Melalui elemen ini murid diberi penekanan terhadap penguasaan ilmu dan amalan kemasyarakatan, alam sekitar setempat, global dan negara serta pengghayatan nilai patriotisme dan perpaduan.
Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah dilaksanakan berpandukan
i. Dokumen Standard Kurikulum
ii. Dokumen Standard Pentaksiran
iii.Buku Teks
KRONOLOGI
Penyususnan kandungan sejarah secara kronologi ialah penyusunan kurikulum mengikut perkembangan tahun dan abad (Abdul Rahim Abdul Rashid, 1989)
Ia dimulakan dengan penyataan tentang peristiwa sejarah yang berlaku terlebih dahulu berbanding peristiwa selepasnya. Ia memudahkan lagi pemahaman murid yang melihat kesinambungan diantara satu peristiwa dengan peristiwa yang lainnya.
Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah memfokuskan kepada tiga Tema
1. Sejarah Awal Negara
2. Kedaulatan Negara
3. kemakmuran Negara Kita
No comments:
Post a Comment