Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Identiti Negara Kita)

Silibus Tahun 5: Bab 4 Identiti Negara Kita
Set Induksi
·         Saya memperkenalkan Jata dan Bendera Malaysia
·         Saya bertanyakan pengalaman menemui Jata Negara dan Bendera Malaysia kepada murid.
·         Saya mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar

Langkah 1
·         Menayangkan Video bertajuk “Uniknya Negaraku”.
·         Menayangkan video yang kedua bertajuk “Jalur Gemilang”.

Langkah 2: Mengenal pasti warna-warna pada lambang dan bendera
·         Saya memaparkan sebuah Jata Negara dan Bendera Kebangsaan di hadapan kelas selama 2 minit. Murid perlu mengingat warna-warnanya.
·         Saya menyediakan lembaran Jata Negara dan Bendera Kebangsaan yang tidak berwarna.
·         Saya menyuruh pelajar-pelajar untuk mewarna dengan warna yang betul di tempat yang betul.
·         Saya dan murid bersama-sama memeriksa hasil aktiviti.

Langkah 3: Menjelaskan Ciri-ciri jata dan bendera
- Aktiviti 2: Bermain Dam Interaktif
·         Guru meletakkan papan dam di hadapan kelas.
·         Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan.
·         Satu wakil dari setiap kumpulan tampil ke hadapan kelas untuk melontar dadu.
·         Kumpulan yang singgah ke kotak yang berlabel soalan perlu menjawab soalan.
·         Jawapan yang tepat akan mara 2 langkah ke hadapan, jawapan yang salah akan mundur 2 langkah.
·         Kumpulan pertama sampai ke kotak penamat dikira pemenang.

Penutup
·         Guru-guru menunjukkan semula gambar-gambar berkaitan Jata Negara.
·         Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

·         Murid menyanyikan lagu jalur gemilang sebelum kelas tamat

No comments:

Post a Comment