Sunday 23 July 2017

RASIONAL KURIKULUM SEJARAH
  • Bertujuan untuk menyemai ilmu pengetahuan  dan asas kemahiran Pemikiran Sejarah disamping penerapan semangat patriotik.
  • Supaya murid dapat membina kerangka kronologi tentang pengetahuan  sesuatu peristiwa  penting dan tokoh-tokoh terlibat. 
  • Murid juga dapat membuat perbandingan  pengalaman  manusia  dan seterusnya berupaya  memahami  diri mereka secara individu serta sebagai  ahli dalam sesebuah masyarakat.
  • Pemahaman teks  sejarah negara dapat melahirkan perasaan cinta akan negara dan melahirkan  perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.

OBJEKTIF KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

i.    memahami  peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu.
ii.   mengenal pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah
iii.  memahami idea, konsep serta elemen  sebab  dan akibat  dalam sejarah
iv.  menyatakan kepentingan  sejarah dalam kehidupan  dengan mengambil  iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai usaha untuk mengukuhkan  suasana keharmonian.
v.  menyatakan  pelbagai bentuk persembahan  dan hasil dapatan daripada interpretasi kajian sejarah.

No comments:

Post a Comment