Sunday 23 July 2017

BENTUK KURIKULUM SEJARAH SEKOLAH RENDAH

Reka bentuk  Kurikulum Standard Sejarah Sekolah  Rendah dibuat secara modular di bawah Tunjang Kemanusiaan. Melalui elemen ini murid diberi  penekanan terhadap  penguasaan ilmu dan amalan kemasyarakatan, alam sekitar setempat, global dan negara  serta pengghayatan nilai patriotisme dan perpaduan.

Kurikulum Standard Sejarah Sekolah Rendah  dilaksanakan  berpandukan

i.  Dokumen Standard Kurikulum

ii. Dokumen Standard Pentaksiran

iii.Buku Teks

KRONOLOGI
Penyususnan kandungan sejarah secara kronologi  ialah penyusunan  kurikulum mengikut  perkembangan tahun dan abad (Abdul Rahim Abdul Rashid, 1989)
Ia dimulakan  dengan penyataan tentang peristiwa  sejarah yang berlaku  terlebih dahulu  berbanding  peristiwa selepasnya. Ia memudahkan  lagi pemahaman  murid yang melihat kesinambungan  diantara  satu peristiwa dengan peristiwa  yang lainnya.

Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah memfokuskan  kepada tiga  Tema

1. Sejarah Awal Negara
2. Kedaulatan Negara
3. kemakmuran Negara Kita


No comments:

Post a Comment