Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Negara Malaysia)

Rancangan Pelajaran Harian Sejarah Tahun 6
BAB 10: NEGARA MALAYSIA
UNIT 1: LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Standard Kandungan        : 10.1 Pembentukan Malaysia
Standard Pembelajaran    : 10.1.1 Menghuraikan sebab-sebab pembentukan Malaysia.
Objektif Pembelajaran      :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1.    Merumuskan kepentingan permuafakatan dalam pembentukan Malaysia.
2.    Membincangkan iktibar daripada kejayaan pembentukan Malaysia

SET INDUKSI: ± 10 minit
·         Tayangan Video Tentang Jalur Gemilang dan Pelbagai Kaum Di Malaysia
BAHAN BANTU MENGAJAR YANG DIGUNAKAN
·         KOMPUTER
·         LCD
·         VIDEO KLIP
Hasil pembelajaran
·         Mengingatkan murid supaya kita semua rakyat Malaysia
·         Perpaduan dan kerjasama antara kaum
·         Memupuk semangat patriotism

Langkah 1: ± 10 minit
·         Tayangan power point tentang sebab-sebab pembentukan Malaysia
Hasil pembelajaran
·         Berasa bangga terhadap pembentukan Malaysia
·         Pembentukan ini memajukan negara kita

Langkah 2: ± 20 minit
·         Mengetahui Langkah-langkah pembentukan Malaysia dengan urutan yang betul
·         Guru mempamerkan mounting board yang telah disediakan.
·         Guru menjelaskan langkah-langkah pembentukan Malaysia.
·         Pelajar sambil merujuk kepada buku teks
·         Hasilkan nota secara ringkas dengan kreativiti pelajar.
Bahan bantu mengajar yang digunakan
·         Buku teks,
·         mounting board
Hasil pembelajaran
·         Mengetahui langkah-langkah pembentukan Malaysia dengan urutan yang betul
·         Memupuk semangat cinta akan negara

Langkah 3: ± 15 minit
·         Aktiviti pengukuhan : peta Malaysia
1.    Guru mempamerkan peta Malaysia.
2.    Guru membahagikan pelajar kepada 4 kumpulan.
3.    Setiap kumpulan mengambil giliran untuk melekatkan nama negeri dengan keistimewaan negeri dengan betul. 
4.    Diberi hadiah sekiranya semua jawapan betul.
5.    Guru mengingatkan supaya Singapura tidak lagi menjadi anggota Malaysia pada tahun 1965.
Bahan bantu mengajar yang digunakan
·         Kertas Mahjong,
·         nama negeri,
·         keistimewaan negeri
Hasil pembelajaran
·         Bekerjasama antara pelajar
·         Meningatkan lokasi negeri-negeri di Malaysia

Penutup: ± 5 minit

·         Guru-guru menunjukkan peta Malaysia dan  merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

No comments:

Post a Comment