Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Kerajaan Melayu Awal)

SEJARAH TAHUN 4
TAJUK 4: UNIT 7
KERAJAAN MELAYU AWAL

OBJEKTIF
·         Menamakan kerajaan-kerajaan Melayu awal.
·         Mengenal pasti lokasi kerajaan-kerajaanMelayu pada peta Malaysia.
·         Menamakan laut, selat,teluk dan pulau pada peta di sekitar Kerajaan Melayu awal.
·         Menyatakan aktiviti berasaskan laut dalam kerajaan-kerajaan Melayu.
·         Menyatakan keistimewaan kerajaan-kerajaan Melayu awal.
·         Menyatakan keperluan menjaga kebersihan pesisiran pantai.

Set induksi
- Peruntukan masa  : 5 minit
- Objektif                    : murid mengetahui maksud Kerajaan Melayu Awal,                                                     keistimewaannya dan mendapat gambaran awal topik  yang                                    akan dipelajari.
·         Guru menayangkan video berkenaan Kerajaan-kerajaan Awal Melayu

            Soalan guru:
1.         Apakah yang diterangkan melalui video             tersebut?
            Murid menjawab secara lisan
2.         Namakan beberapa buah kerajaan Melayu       awal yang kamu lihat dari video?
            Murid menjawab secara lisan

·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari itu

Langkah 1: Mengenai Warisan Negara Saya tentang kedudukan kerajaan Melayu Awal di Asia Tenggara.
- Peruntukan masa  : 15 minit
- Objektif                    : Murid menamakan dan mengetahui lokasi Kerajaan Melayu                                      Awal
·         Guru menerangkan contoh-contoh Kerajaan-kerajaan Melayu Awal di Asia Tenggara beserta keistimewaannya di peta yang disediakan.
·         Guru juga akan menerangkan maksud laut, selat, pulau dan teluk.
- Aktiviti 1:
1.    Guru meminta beberapa orang murid ke hadapan untuk melabel lokasi Kerajaan Melayu Awal.
2.    Murid tersebut kemudian perlu menerangkan   keistimewaan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal tersebut.
3.    Guru memberikan maklum balas terhadap jawapan-jawapan murid.
Aktiviti 2:
1.         Guru memanggil murid lain ke hadapan untuk menampal nama Kerajaan            Melayu Awal mengikut keistimewaannya.
2.         Murid dapat mengukuhkan ingatan dan kefahaman mereka tentang          keistimewaan Kerajaan Melayu Awal tersebut.

Langkah 2: Mengenalpasti lapan arah mata angin dalam peta Asia Tenggara
- Peruntukan masa  : 10 minit
- Objektif                    : 1) Murid mengetahui kegunaan arah mata angin.
                                       2) Murid mengenali lapan arah mata angina
·         Guru menerangkan tujuan mata angin digunakan.
·         Guru juga mengenalkan lapan arah mata angin kepada murid.
Aktiviti 3:
1.    Guru meminta murid ke hadapan untuk             memusingkan anak panah mengikut arah mata angin yang diberitahu.

Langkah 3: Keunikan Kerajaan-kerajaan Melayu Awal
- Peruntukan masa  : 10 minit
- Objektif                    : Menamakan dan mengetahui lokasi Kerajaan Melayu Awal
- Aktiviti 4:
2.    Guru menunjukkan demo cara menyanyi lagu Keunikan Kerajaan Melayu Awal kepada murid.
3.    Guru meminta murid menyanyikan lagu             tersebut mengikut rentak yang telah diajar.
4.    Daripada lagu tersebut, murid mengetahui tentang keunikan Kerajaan Melayu Awal.

Langkah 4: Laut Anugerah Tuhan
- Peruntukan masa  : 15 minit
- Objektif                    : 1. memupuk sikap bertoleransi ketika bekerja sebagai                                                    sepasukan
                                                       2. mengetahui kesan pencemaran lautan
                                                       3. memupuk daya kreativiti murid-murid.
·         Guru menayangkan klip video mengenai kesan pencemaran laut.
- Aktiviti 5:
1.         Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2.         Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan kesan pencemaran laut   kepada kehidupan.
3.         Guru meminta wakil kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan          mereka.
- Aktiviti 6:
1.         Guru mengedarkan kertas bergambar tentang hidupan laut di laut yang bersih.
2.         Murid diminta untuk mewarna berdasarkan daya kreativiti mereka.

Penutup
·         Guru menyoal murid tentang pengajaran yang dipelajari

·         Guru merumuskan keseluruhan isi pembelajaran

No comments:

Post a Comment