Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Perjuangan Kemerdekaan Negara)

Tema: Lahirnya Sebuah Negara Baharu
Tajuk: Perjuangan Kemerdekaan Negara

Set Induksi (5 minit)
·         Pada mulanya, guru akan menayangkan video “Perjuangan Menuntut Kemerdekaan” supaya menjadi ransangan kepada murid sekalian.
·         Untuk unsur seni muzik, murid akan didedahkan dengan tayangan video.
·         Tujuan penayangan video secara tidak langsung telah menarik minat murid untuk mempelajari topik ini.
·         Mereka mempunyai semangat ingin tahu yang kuat tentang apakah yang sedang berlaku ketika Tunku Abdul Rahman menuntut kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
- Bahan Bantu Mengajar yang digunakan
----- Klip video
·         Mempunyai muzik yang digemari oleh murid
·         Dapat mengembangkan Teori Kecerdasan Pelbagai murid seperti kemahiran visual-ruang.

Langkah 1 (15 minit)
·         Guru mempamerkan buku skrap yang bertajuk “Perjuangan Menuntut Kemerdekaan”.
·         Melalui nota-nota yang ringkas dan padat, murid dapat memahami dengan jelas tentang konsepnya.
·         Selepas murid menguasai tentang konsep tersebut, soalan-soalan akan diutarakan oleh guru untuk menguji kefahaman murid.
- Bahan Bantu Mengajar yang digunakan
----- Buku Skrap
·         Nota yang ringkas
·         Susunan isi yang tersusun dan terperinci
·         Ini secara tidak langsung dapat menarik minat murid.

Langkah 2 (15 minit)
·         Guru mempamerkan buku skrap yang bertajuk “Wira Merdeka”.
·         Guru menunjukkan gambar-gambar wira merdeka di samping memperkenalkan wira merdeka.
·         Guru menerangkan peranan serta sumbangan yang telah dilakukan oleh wira merdeka.
·         Untuk tujuan seni visual, Buku Skrap ini diselit dengan seni renjisan bagi menarik minat pelajar untuk mempelajari topik ini
- Bahan Bantu Mengajar yang digunakan
----- Buku Skrap
·         Mengenali gambar wira merdeka
·         Dapat membantu murid untuk mengenal pasti wira  merdeka, peranan dan sumbangan yang dinyatakan
·         Buku Skrap yang menarik adalah lebih mudah diingati oleh murid.

Langkah 3 (10 minit)
·         Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
·         Permainan disediakan oleh guru sebagai langkah untuk merehatkan otak minda murid.
·         Aktiviti seperti ini juga boleh menghilangkan kebosanan di dalam kelas dengan aktiviti bergerak.
·         Contohnya, “puzzle”, “word search”, “station game” dan sebagainya.
·         Permainan-permainan ini melibatkan pergerakan murid.
- Bahan Bantu Mengajar yang digunakan
----- Kad manila
·         Untuk membuat aktiviti “Puzzle” Tunku Abdul Rahman.
----- Kertas mahjong
·         Untuk membuat aktiviti “Word Search” berkaitan dengan apa yang telah dipelajari tadi.

Langkah 4 (10 minit)
·         Lembaran kerja diagihkan kepada pelajar untuk menilai atau menguji kefahaman murid tentang apa yang telah dipelajari.
·         Sebagai guru yang bertanggungjawab, guru perlu membimbing pelajar untuk menyelesaikan soalan atau masalah yang ditimbulkan dalam lembaran kerja tersebut.
- Bahan Bantu Mengajar yang digunakan
----- Kertas A4
·         Untuk mencetak lembaran kerja yang telah disediakan seterusnya mengedarkan kepada para murid.

Penutup (5minit)
·         Guru haruslah menyimpulkan apa yang telah diajar oleh beliau serta apa yang telah dipelajari oleh murid.
·         Guru perlu meminta murid untuk merumuskan tentang apa yang tela dipelajari.

·         Selepas tamat pengajaran dan pembelajaran (PdP), guru perlu membat refleksi kendiri.

No comments:

Post a Comment