Monday 24 July 2017

Kumpulan 6 - Bagaimana unsur seni dapat membantu dalam proses PdP Sejarah?

Asas kepada seni visual melibatkan menggambar, membuat corak dan rekaan, dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional.
Berdasarkan mana-mana tema sukatan pelajaran tahun 4 Sejarah, jelaskan bagaimana keempat-empat unsur seni visual membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Tema-tema di bawah boleh dirujuk:
i- Mari Belajar Sejarah
ii- Zaman Air Batu
iii- Zaman Pra Sejarah
iv- Kerajaan Melayu Awal
v- Tokoh-tokoh terbilang Kesultanan Melayu Melaka

Pengenalan
       Pendidikan Seni Visual menggantikan nama Pendidikan Seni yang terdahulu.
       Pendidikan Seni Visual lebih menjurus kepada seni tampak atau visual, dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri.
       Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri.
       Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri
       Pendidikan seni visual sekolah rendah membolehkan setiap murid mempunyai pelbagai kecerdasan seperti ruang visual, kinestetik, interpersonel dan intrapersonel.
       Sifat ini amat penting untuk membantu murid berkarya, berkomunikasi dan mengukuh koordinasi pancaindera secara seimbang.
       Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi 4 bidang:
i- menggambar
ii- membuat rekaan dan corak
iii- membuat binaan
iv- kraf tangan

Komik / Kartun / Karikatur
       Gambar sebagai salah satu bentuk komunikasi visual dapat diklasifikasikan kepada beberapa  jenis.
       Beberapa istilah yang biasa digunakan untuk menyebut bentuk-bentuk seni visual ialah komik, kartun dan karikatur.
       Komik ialah suatu bentuk seni yang menggunakan gambar tidak bergerak yang disusun berturutan membentuk jalinan cerita.

Persembahan puppet
       Puppetry adalah satu bentuk teater atau persembahan yang melibatkan manipulasi boneka atau patung.
       Jenis-jenis boneka:
Ø   fingers puppets
Ø   sock puppets
Ø   shadows
Ø   stick puppets

Menyediakan props dalam persembahan teater
       Prop bermaksud setiap bahan atau material yang digunakan di atas pentas oleh pelakon.
       Contohnya, keris yang digunakan oleh pelakon di dalam teater bangsawan

Soalan
  1. Nyatakan 4 bidang yang terkandung dalam kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah.
       Menggambar
       Membuat rekaan dan corak
       Membuat binaan
       Kraf tangan

  1. Bagaimana guru boleh mengaplikasikan Pendidikan Seni dalam pengajaran Sejarah. Sila nyatakan.
       Guru Sejarah boleh mengaplikasikan unsur seni dalam pDp. Misalnya, penggunaan komik, persembahan puppet dan membuat sudut info Sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat menarik minat pelajar mempelajari subjek Sejarah.



No comments:

Post a Comment