Wednesday 26 July 2017


ELEMEN MERENTAS KURIKULUM 
1. Unsur nilai tambah  yang diterapkan  dalam proses PdP selain  yang diterapkan  dalam Standard Kandungan.
2. EMK diterapkan bertujuan mengukuhkan  kemahiran danketrampilan modal insan yang dihasratkan  serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.

APAKAH TUJUAN EMK?
Memberi fokus bagi pembangunan modal insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Mempunyai ciri keusahawanan  dan menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

OBJEKTIF ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

1. Supaya murid mempunyai ketrampilan diri dan personaliti kreatif.
2. Menghasilkan kemahiran  dalam proses  kreatif.
3. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif.
4. Menguasai kemahiran komunikasi
5. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara KBKK
6.Menyelesaikan masalah, membuat keputusan  dan mengurus kehidupan harian secara kreatif dan inovatif.


APAKAH ELEMEN TAMBAHAN DALAM KSSR?
1.Kreativiti dan Inovatif
2.Keusahawanan
3.Teknologi Maklumat dan Komunikasi

No comments:

Post a Comment