Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Tokoh-Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka)

Tema: Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Tajuk: Parameswara Pengasas Melaka
Isi Pelajaran & Objektif Pelajaran
Set Induksi
Menghuraikan latar belakang Parameswara

Pengembaraan Parameswara
Menyatakan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.

Munculnya Negeri Teragung
Menyatakan peristiwa pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara.

Asal Usul Nama Melaka
Menyatakan asal usul nama Melaka berdasarkan pelbagai sumber.

Kepimpinan Parameswara
Menyatakan sifat kepimpinan Parameswara dalam membangunkan Melaka.


Set Induksi ((±5 minit):
Sesi soal penyoalan
- Siapakah Parameswara?
- Parameswara berasal dari mana?
- Mengapakah Parameswara bergerak ke    Melaka?
Memperkenalkan tokoh Parameswara sebagai pengasas Melaka
BBM: Gambar Rajah
Meringkaskan fakta-fakta sejarah yang  mengenai latar belakang Parameswara
Membantu murid-murid mendapatkan idea atau ilmu paling asas bagi tajuk tugasan ini.

Langkah 1 (±10 minit): Pengembaraan Parameswara
Penerangan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Pelembanag ke Melaka.
Pengunaan permainan “Lucky Wheel” untuk sesi soal penyoalan supaya murid berasa seronok dan berasa minat untuk terus belajar.
Soalan 1: Parameswara bergerak ke____________apabila baginda gagal melepaskan kerajaannya daripada penguasaan Majapahit.
Jawapan: Temasik

Langkah 2 (±10 minit): Munculnya Negeri Teragung
Siaran video yang mengenai pembukaan Melaka
Penjelasan semula peristiwa-peristiwa pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara dengan menggunakan srick puppet.
Aktiviti 2 yang akan dijalankan ialah perlakonan mengikut kumpulan tentang peristiwa-peristiwa pembukaan negeri Melaka oleh Parameswara
BBM: Video, stick puppet
Video: memberi gambaran kepada murid terlebih dahulu sebelum memulakan penerangan.
Stick puppet: melibatkan seni visual, seni pergerakan yang dapat memenuhi keperluan kecerdasan pelbagai murid
Aktiviti (lakonan): merangsangkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid, memupuk semangat bekerjasama

Langkah 3 (±10 minit): Asal usul Nama Melaka
Penerangan asal usul nama Melaka dengan menggunakan I-Think.
Kemudian, saya akan menjalankan permainan kecil dengan menyiarkan lagu negeri Melaka.
Semasa penyiaran lagu, murid diberikan satu botol air untuk memberikan kepada rakan yang seterusnya sehingga lagu dihentikan.
Apabila lagu dihentikan maka murid yang mengambil botol air perlulah menjawab soalan guru yang mengenai asal usul nama Melaka.
BBM: Peta Minda
Teknik mengrafik yang meliputi kata kunci: dapat membuka potensi pemikiran yang dapat berfikir secara analikal dan di luar kotak
Peta minda yang dihasilkan dalam cara berwarna-warni membantu murid mencapai keberkesanan mengingat fakta-fakta sejarah penting
Aktiviti: Melibatkan seni muzik dan seni pergerakan

Langkah 4 (±10 minit): Kepimpinan Parameswara
Penerangan sifat-sifat kepimpinan Parameswara dengan menggunakan slaid computer riba.
Bagi aktiviti 4, murid-murid akan diberikan kertas warna dan pen warna untuk menghasilkan peta minda mengenai sifat-sifat kepimpinan Parameswara.
Aktiviti ini dilaksanakan secara berkumpulan.
BBM: Slaid Pembentangan (Power Point)
Penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang selaras dengan pendekatan pendidikan abab-21
Murid didedahkan dengan kemahiran cara belajar yang lebih sistematik dan kreatif (ICT)
Meningkatkan minat belajar murid
Aktiviti (penghasilan peta minda secara berkumpulan): membimbing murid agar melihatkan sesuatu perkara daripada pelbagai aspek dan meninjau sesuatu idea dari sudut pandangan orang lain.

Penutup (±10 minit): Pengukuhan dan Rumusan
Saya akan merumuskan kembali penbelajaran hari ini dengan mengimbas kembali peristiwa mengasas Melaka, peristiwa pembukaan Melaka, asal usul nama Melaka dan sifat-sifat kepimpinan Parameswara.
Pertandingan kuiz untuk menilai pemahaman murid tentang isi pembelajaran hari ini
Pertandingan kuiz
Menilai pemahaman murid tentang isi pelajaran hari ini sebagai langkah pengukuhan ilmu pengetahuan
Wujudkan persaingan positif dalam kalangan murid
Guru dapat membuat refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan isi pelajaran hari ini dengan merujuk kepada penilaian yang dilaksanaka

No comments:

Post a Comment