Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka: Parameswara Pengasas Melaka)

Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
Tema: Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Unit 9: Parameswara Pengasas Melaka
Standard Kandungan:
5.2    Parameswara sebagai pengasas Kesultanan Melayu Melaka

Standard Pembelajaran:
5.2.1 Menyatakan latar belakang Parameswara sebagai pengasas Melaka.
5.2.2 Menjelaskan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
5.2.3 Menyatakan peristiwa pembukaan Melaka.

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:
1.    Mengenal pasti latar belakang Parameswara sebagai pengasas Melaka.
2.    Menyatakan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
3.    Menceritakan peristiwa pembukaan Melaka.


Langkah 1
(±10 minit

Mengenal pasti perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka:

Melihat dan memahami Peta perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka:
  1. Guru menunjukkan peta perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka.
  2. Guru menceritakan rentetan peristiwa perjalanan Parameswara dari Palembang hingga Melaka.
  3. Guru akan bertanya kepada murid-murid tentang peristiwa perjalanan Parameswara yang telah diajarkan dalam peta tersebut.

BBM:
Mounting board  
& kertas A4    (Peta perjalanan Parameswara)

KBKK:
Menganalisis

Nilai: Kegigihan

Langkah 2
(± 10 minit)


Memahami peristiwa pembukaan negeri Melaka :
 BBM yang digunakan., iaitu “Puppet”
 


Aktiviti 1: Persembahan
  1. Guru menunjukkan bahan bantu mengajar (BBM) dan memberitahu fungsi serta tujuan penggunaan BBM kepada murid.
  2. Guru menggunakan BBM dan membuat persembahan tentang peristiwa pembukaan negeri Melaka kepada murid-murid.
  3. Guru memberi rumusan terhadap cerita yang dipersembahkan dan meminta murid menceritakan balik tentang persembahan yang telah dilakukan oleh guru.

BBM:
“Puppet” (Mounting board, Cardboard, gam, pelekat, penyepit dan kertas A4)

KBKK:
Menganalisis

Nilai: Bersyukur

Langkah 3
(± 30 minit)

Mengenal pasti peristiwa pembukaan negeri Melaka



Aktiviti 2: Pelakonan

  1. Guru membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan iaitu 6 orang dalam satu kumpulan.
  2. Guru menyuruh setiap kumpulan membuat lakonan tentang peristiwa pembukaan negeri Melaka mengikut kreatif dan inovasi murid-murid sendiri
  3. Guru akan menilaikan pelakonan daripada setiap kumpulan dan memberikan hadiah kepada setiap murid atas semangat kerjasama dan usaha diri sendiri.

BBM:
Hadiah (alat-alat tulis)

KBKK:
Menghubungkait

Nilai:
Perpaduan


No comments:

Post a Comment