Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Negara Malaysia)

SEJARAH TAHUN 6
Tema 10: Negara Malaysia
Unit 2: Negeri-negeri di Malaysia
Rancangan Pengajaran Harian
Standard Pembelajaran
·         Menghuraikan asal usul nama negeri.
·         Menyenaraikan ibu negeri dan bandar diraja.
·         Menjelaskan bendera, lagu dan jata sebagai lambang negeri.
·         Menerangkan gelaran ketua negeri bagi negeri-negeri di Malaysia.
·         Menghuraikan keunikan warisan sejarah negeri-negeri di Malaysia.

Objektif Pembelajaran
·         Menyatakan kepentingan menghormati identiti negeri.
·         Menyatakan kepentingan taat setia kepada negeri dan negara.


Set Induksi
(± 5 minit)

Video: Sejarah Pembentukan Malaysia




Memahami pembentukan Malaysia melibatkan beberapa negeri:

  1. Guru mengajar bahawa Malaysia ini terbentuk hasil gabungan dari beberapa negeri.

2.  Guru bertanya asal negeri  
     kelahiran murid-murid.

3.  Guru mengaitkan jawapan
     murid dengan tajuk yang  
     akan diajar.

BBM:
Video

KBKK:-
Menghubungkait

Nilai:
Bersyukur

Penggunaan Klip Video (Set Induksi)
·         Dapat menarik pehatian murid-murid.
·         Murid mendapat gambaran tentang apa yang bakal dipelajari.
·         Tidak merasa bosan sebelum pembelajaran dimulakan.
·         Murid-murid dengan kecerdasan visual-ruang dan kecerdasan muzik akan berasa bersemangat dengan kaedah ini.

Langkah 1
(± 15 minit)

Menamakan negeri-negeri di Malaysia
Slide :



Membentangkan silde

  1. Guru membentangkan slide mengenai negeri-negeri di Malaysia kepada murid.

  1. Guru bertanya di mana letaknya kedudukan negeri kelahiran para pelajar.

  1. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar

BBM:
Komputer, LCD

KBKK:-

Nilai: Menghargai

Prosedur Pelaksanaan
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Langkah 2
(± 15 minit)

Menyatakan negeri-negeri di Malaysia.



Aktiviti 1: Silang Kata

  1. Guru memaparkan silang kata yang berkaitan dengan negeri-negeri di Malaysia menggunakan kad manila.
  2. Guru menyuruh pelajar untuk melengkapkan teka silang kata mengikut jawapan yang betul.

BBM:
Kad manila, marker.

KBKK:
Menjana idea

Nilai:
Kegigihan

Permainan Silang Kata (Kad Manila)
·         Menjimatkan masa daripada menulis di atas kertas setia pelajar.
·         Menarik perhatian murid terutamanya mereka yang mempunyai kecerdasan kinestetik, kecerdasan visual-ruang, kecerdasan verbal-linguistik.
·         Boleh menjimatkan kos kerana boleh digunakan untuk kelas lain.

Langkah 3
(± 15 minit)

 Mengenal pasti kedudukan negeri-negeri pada Peta Malaysia :

 Aktiviti 2:

  1. Guru memaparkan sebuah peta Malaysia yang tidak berlabel lokasinya.
  2. Guru menyediakan beberapa buah penanda yang mempunyai bendera negeri-negeri.
3.  Guru menyuruh pelajar-pelajar untuk mencari dan meletakkan penanda bendera negeri-negeri di tempat yang betul.

BBM:
Mounting board,       Peta Malaysia (tidak berlabel), bendera negeri, plastesin &  lidi.

Peta Malaysia (Kit ABM)
·         Menarik minat murid.
·         Mudah untuk disiapkan.
·         Pelajar dengan kecerdasan kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan visual-ruang sangat berminat dengan permainan ini.

 Penutup
(± 10 minit)

  1. Guru-guru menunjukkan semula peta negeri-negeri di Malaysia dengan label yang betul.
  2. Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

Nilai :
Menghargai negeri-negeri yang membentuk Malaysia.


Penggunaan bahan bantu mengajar saya
·         Klip video
·         Power point
·         Kad Manila

·         Kit Peta Malaysia

No comments:

Post a Comment