Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Tokoh-Tokoh Terbilang: Tun Perak Bendahara Terbilang)

Tajuk 5 Tokoh-Tokoh Terbilang
Kesultanan Melayu Melaka
Unit 10: Tun Perak Bendahara Terbilang

5.0 TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN MELAYU MELAKA
- Subtopik
·         Tun Perak Bendahara Terbilang
·         Riwayat Hidup Tun Perak
·         Tun Perak dalam Perkhidmatan Diraja
·         Kehebatan Tuan Perak
·         Tun Perak Pantang Derhaka

Standard Pembelajaran:
5.3.1  Menyatakan riwayat hidup Tun Perak
5.3.2  Menyenaraikan Sultan Melaka semasa Tun Perak menjadi Bendahara
5.3.3  Menyatakan kebijaksanaan Tun Perak dalam menangkis serangan Siam  di         Melaka

Objektif Pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1.    Mengkaji peranan Tun Perak sebagai Bendahara Melaka
2.    Mengenal pasti nilai kepimpinan Bendahara Tun Perak yang dapat dicontohi
3.    Menyenaraikan peranan Bendahara Tun Perak dalam membina kegemilangan kesultanan Melayu Melaka


Set Induksi (4 Minit)
·         Ditayangkan video  Tun Perak
·         Guru bersoal jawab dengan murid.
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan pengajaran pada hari ini.
·         BBM: Lap top, LCD projector
Kesan Kepada PdP
·         Murid merasa seronok kerana melihat tayangan video menarik
·         Menggunakan teori hoka hoki dan kecergasan pelbagai-visual
·         Menggunakan konsep muzik

Langkah 1 (15 MIN)
·         Guru menunjukkan model
·         Guru menerangkan peristiwa , individu dan penerangan model dengan betul
·         Guru meminta pelajar memberi pendapat tentang  strategi tun perak dan kesannya dengan betul.
·         Guru berbincang pengajaran secara lanjut dengan pelajar.
·         BBM: Kit Model
·         Kemahiran Berfikir: KBAT, Mentafsir, Menganalisis
·         Murid akan melihat sendiri dengan mata
·         Murid akan  belajar dengan lebih berkesan
·         Menggunakan seni visual

Langkah 2(10min)
·         Murid diberi tugasan bermain teka silangkata
·         Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan
·         Kumpulan akan dibantu oleh dua pelajar terpandai di dalam kelas
·         Guru akan membimbing murid bagi menjawab secara tepat.
·         Murid akan berfikir secara pantas
·         Murid akan bekerjasama dengan kawan kawan bagi menyiapkan tugasan dengan segera
·         Menunjukkan nilai kepimpinan
·         Menggunakan pergerakan.

Langkah 3 (6 MIN)
·         Murid diberi lembaran kerja
·         Setiap murid akan berpasanagn dalam menyiapkan tugasan
·         BBM: Lembaran Kerja
·         Kemahiran Berfikir: Mencirikan
·         Nilai murni: teliti
·         Murid akan mendapat pengukuhan
·         Langkah terbaik bagi murid tidak melupakan fakta dipelajari

Penutup
·         Guru bersoal jawab dengan murid-murid secara tentang topik yang telah dipelajari hari ini.

·         Murid-murid akan diminta bagi memberikan rumusan pengajaran pada hari ini.

No comments:

Post a Comment