Monday 24 July 2017

Kumpulan 2 - Konsep, matlamat dan objektif SDP untuk mata pelajaran Sejarah berdasarkan Teori Konstruktivisme

PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
2.1 Berdasarkan Teori konstruktivisme (Vygotsky) jelaskan konsep, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan untuk mata pelajaran Sejarah Tahun 4 atau 5. 

Pengenalan
Kamus Dewan Edisi Baru
* Seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah.
* Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting.

Kitab Al-Iman
*  Menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui.

Herbert Read (The Meaning of Arts)
* Seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression).
*  Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

·    Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya.

·  Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi.

Jenis-jenis Seni Dalam Pendidikan
Seni muzik
Seni visual
Seni Pergerakan


Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni dalam Pendidikan memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada tokoh-tokoh:
-       - Teori konstruktivisme
-       -Teori kecerdasan manusia
-       - Howard gardner
-       - Hermann
-       - Leonardo da Vinci

Kepentingan Seni Dalam Pendidikan
*    Menjadikan proses PdP di sekolah lebih seronok.
*    Membantu anda memahami diri sendiri.
*    Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek penyelesaian masalah.
*    Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka, mempunyai personaliti yang  seimbang, berketrampilan dan profesional.
*    Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh.

Matlamat SDP
*    Estetika yang tinggi
*    Imaginative
*    Ktitis
*    Kreatif
*    Inovatif
*    Inventif
*    Celik budaya

Tujuan Seni Dalam Pendidikan Di Sekolah Rendah
*    Menghargai keindahan ciptaan Tuhan.
*    Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan.
*  Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
*   Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mengekspresikan hasil kerja.
*    Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang dibuat.
*    Mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain.
* Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.
*    Menjadikan Seni dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan.
* Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup.
*    Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.
*  Mengintegrasi Seni dalam Pendidikan dengan mata pelajaran lain melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.
    Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan.

Teori Konstruktivisme
*    Konstruktivisme bukanlah satu konsep baru. Ia berasal daripada bidang falsafah dan telah digunakan dalam bidang sosiologi dan antropologi dan juga dalam bidang psikologi kognitif dan pendidikan.
*    Pada tahun 1710, ahli falsafah konstruktivis yang pertama, iaitu Giambatista Vico, mengatakan … “one only knows something if one can explain it” (Yager, 1999)
*    Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada.
*    Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan idea.
*    Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme.
*    Pembelajaran ini menggalakkan murid mencari idea, membuat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi.
*    Akhirnya, proses inkuiri akan terhasil.

Perbezaan Teori Konstruktivis Piaget dan Vygotsky
*    Piaget dikenali sebagai konstruktivis pertama (Dahar, 1989: 159) menegaskan bahawa pengetahuan tersebut dibangun dalam fikiran anak melalui asimilasi dan akomodasi.
*    Asimilasi adalah penyerapan informasi baru dalam fikiran. Sedangkan, akomodasi adalah menyusun kembali struktur fikiran kerana adanya informasi baru, sehingga informasi tersebut mempunyai tempat (Ruseffendi 1988:133).
*    Pengertian tentang akomodasi yang lain adalah proses mental yang meliputi pembentukan skema baru yang cocok dengan ransangan baru atau memodifikasi skema yang sudah ada sehingga cocok dengan rangsangan itu (Suparno, 1996: 7).
*    Konstruktivis ini dikritik oleh Vygotsky, yang menyatakan bahawa murid dalam mengkonstruksi suatu konsep perlu memperhatikan lingkungan sosial.  Konstruktivisme ini oleh Vygotsky disebut konstruktivisme sosial (Taylor, 1993; Wilson, Teslow dan Taylor,1993; Atwel, Bleicher & Cooper, 1998).

Teori Belajar Konstruktivisme Vygotsky
*    Ratumanan (2004:45) menggunakan bahawa karya Vygotsky berdasarkan pada dua idea utama.
*    Pertama, perkembangan intelektual dapat difahami hanya apabila ditinjau dari konteks historis dan budaya pengalaman anak.
*    Kedua, perkembangan bergantung pada sistem-sistem isyarat mengacu pada simbol-simbol yang diciptakan oleh budaya untuk membantu orang berfikir, berkomunikasi dan memecahkan masalah, dengan demikian perkembangan kognitf anak memberi syarat kepada sistem komunikasi budaya dan belajar menggunakan sistem-sistem ini untuk menyesuaikan proses-proses berfikir diri sendiri.
*    Menurut Slavin  (Ratumanan, 2004:49)  ada dua implikasi utama teori Vygotsky dalam pendidikan. 
*    Pertama, dikehendakinya setting kelas berbentuk pembelajaran kooperatif antara kelompok-kelompok murid dengan kemampuan yang berbeza, sehingga murid dapat berinteraksi dalam mengerjakan tugas-tugas yang sulit dan saling merancang strategi-strategi pemecahan masalah yang efektif di dalam daerah pengembangan terdekat/proksimal masing-masing.
*    Kedua, pendekatan Vygotsky dalam pembelajaran menekankan perancahan (scaffolding). Dengan scaffolding, murid dapat mengambil tanggungjawab untuk pembelajarannya sendiri.
a.    Pengelolaan pembelajaran
*    Interaksi sosial individu dengan lingkungannya sangat mempengaruhi perkembangan belajar seseorang, sehingga perkembangan sifat-sifat dan jenis manusia akan dipengaruhi oleh kedua-dua unsur tersebut.
*    Menurut Vygotsky dalam Slavin (2000), murid melaksanakan aktiviti belajar melalui interaksi dengan orang dewasa dan teman sejawat yang mempunyai kemampuan lebih. Interaksi sosial ini memacu terbentuknya idea baru dan memperkayakan perkembangan intelektual murid.
b.    Pemberian bimbingan
*    Menurut Vygotsky, tujuan belajar akan tercapai dengan belajar menyelesaikan tugas-tugas yang belum dipelajari tetapi tugas-tugas tersebut masih berada dalam daerah perkembangan terdekat mereka (Wersch,1985), iaitu tugas-tugas yang terletak di atas peringkat perkembangannya.
*    Menurut Vygotsky, apabila murid melaksanakan aktiviti di dalam daerah perkembangan terdekat mereka, tugas yang tidak dapat diselesaikan sendiri akan dapat mereka selesaikan dengan bimbingan atau bantuan orang lain.

Zon Perkembangan Proksimal
v  Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon Perkembangan Proksimal.
v  Had Atas
-       Peringkat kemahiran kanak-kanka yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir.
v  Had Bawah
-       Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak.

Implikasi Daripada Pembelajaran Konstruktif
ü  Menghasilkan individu atau anak yang memiliki kemampuan berfikir untuk menyelesaikan setiap persoalan yang dihadapi.
ü  Pengajaran & pembelajaran berlaku secara berpusat
ü  Membina pengetahuan baru berdasarkan kepada pegetahuan sedia ada
ü  Guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya
ü  Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
ü  Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah

Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
ü  Menggalakkan murid bertanya sesama sendiri dan guru.
ü  Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
ü  Menyokong pembelajaran secara koperatif.
ü  Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
ü  Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar.
ü  Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna.
ü  Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
ü  Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu idea.
ü  Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme
               i.         Pengetahuan dibangun oleh murid sendiri.
              ii.         Pengetahuan tidak dapat dipindahkan dari guru ke murid, kecuali hanya dengan keaktifan murid sendiri untuk menerokanya.
             iii.         Murid aktif meneroka pengetahuan secara terus menerus, sehingga mempunyai perubahan yang nyata.
            iv.         Guru sekadar membantu memberi cadangan atau pendapat dan juga menyediakan situasi yang sesuai agar proses penerokaan berjalan lancar.
              v.         Memberi masalah yang relevan dengan murid.
            vi.         Mencari dan menilai pendapat murid.
           vii.         Menyesuaikan kurikulum dengan tahap intelektual murid.
          viii.         Murid digalakkan menanya soalan kepada guru apabila menghadapi masalah.

Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme?
      i.         Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan yang sedia ada.
     ii.         Menyusun atur maklumat dan pengetahuan.
    iii.         Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru.
   iv.         Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai-bagai cara dan bentuk.
     v.         Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan.
   vi.         Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan.

Kelebihan dan Kelemahan Teori Konstruktivistik
A.    Kelebihan
       Berfikir : Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.
       Faham : Murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru membolehkan mereka lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.
       Ingat : Murid terlibat secara langsung dengan aktif membolehkan mereka ingat lebih lama semua konsep. Melalui pendekatan ini dapat membina sendiri kefahaman murid dan lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
       Kemahiran sosial : Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.
       Seronok : Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.
B.     Kelemahan
       Dalam bahasan kekurangan atau kelemahan ini mungkin boleh kita lihat dalam proses belajarnya di mana peranan guru sebagai pendidik sepertinya kurang begitu mendukung.



Seni Muzik Untuk Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4 atau 5
v  Seni muzik boleh digunakan dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4 atau 5 dengan membolehkan guru Sejarah membimbingkan murid-murid untuk mengabungkan lagu-lagu kegemaran mereka dengan lirik-lirik yang berkaitan fakta-fakta sejarah supaya murid-murid boleh mengingati fakta-fakta sejarah dengan lebih mudah dan pada masa yang sama juga boleh membolehkan mereka berfikir secara kreatif dan inovatif.

Seni Pergerakan Untuk Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4 atau 5
Ø  Seni pergerakan pula  boleh digunakan dalam mata pelajaran Sejarah Tahun 4 atau 5 dengan membolehkan guru menyuruh murid-murid menjalankan aktiviti PdP dengan aktivti berkumpulan, sumbangsaran, perbincangan untuk mengeluarkan idea dan pendapat mereka.
Ø  Guru juga boleh membawa murid-murid untuk berlawat ke muzim-muzim atau tempat-tempat bersejarah untuk bertujuan mereka berinteraksi dengan persekitaran sekeliling dan bukan hanya menjalankan aktiviti PdP dalam bilik darjah sahaja.
Ø  Murid-murid pun digalakkan melakukan drama atau lakonan untuk membolehkan mereka memahami sejarah negara kita dengan lebih mendalam dan boleh mengetahui sifat-sifat atau watak-perwatakan tokoh-tokoh yang mereka berlakon.

Seni Visual Untuk Mata Pelajaran Sejarah Tahun 4 atau 5
v  Seni visual boleh diterapkan melalui mata pelajaran Sejarah Tahun 4 atau 5  dengan membolehkan murid-murid membuat projek, folio yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah seperti penyediaan buku skrap atau benda-benda yang memerlukan kemahiran Hands-On.
v  Guru-guru Sejarah juga boleh membimbing murid-murid menghiaskan kelas yang berkaitan dengan mata pelajaran Sejarah seperti melukis dan menwarnakan bendera negara, bendera negeri ataupun jata negara.

Soalan
1.    Apakah maksud seni menurut agama Islam?
Kitab Al-Iman
Menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui.
2.    Apakah Tujuan Seni Dalam Pendidikan Di Sekolah Rendah?

3.    Senaraikan 4 ciri pembelajaran konstruktivisme.
ü  Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil pembelajaran.
ü  Menyokong pembelajaran secara koperatif.
ü  Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid.
ü  Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan memahami melalui penglibatan murid dengan situasi dunia sebenar.
ü  Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya sebagai panduan merancang pengguna.
ü  Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh murid.
ü  Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana murid mempelajari sesuatu idea.
ü  Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen.

4.    Senaraikan 3 implikasi daripada pembelajaran konstruktif.
ü  Pengajaran & pembelajaran berlaku secara berpusat
ü  Membina pengetahuan baru berdasarkan kepada pegetahuan sedia ada
ü  Guru mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya
ü  Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru
ü  Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah

5.    Terdapat 3 jenis seni dalam pendidikan iaitu seni muzik, seni visual dan seni pergerakan. Terangkan apakah itu seni pergerakan?
ü  Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi.
ü  Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menaakul dan pertimbangan-pertimbangan rasional mengenai apa yang kita ingin lakukan.
ü  Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran yang berbagai. Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.

6.    Apakah kelebihan dan kelemahan teori konstruktivistik.
A.    Kelebihan
Berfikir : Dalam proses membina pengetahuan baru, murid berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan.
Faham : Murid terlibat secara langsung dalam mebina pengetahuan baru membolehkan mereka lebih faham dan boleh mengapliksikannya dalam semua situasi.
Ingat : Murid terlibat secara langsung dengan aktif membolehkan mereka ingat lebih lama semua konsep. Melalui pendekatan ini dapat membina sendiri kefahaman murid dan lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru.
Kemahiran sosial : Kemahiran sosial diperolehi apabila berinteraksi dengan rakan dan guru dalam membina pengetahuan baru.
Seronok : Oleh kerana mereka terlibat secara terus, mereka faham, ingat, yakin dan berinteraksi dengan sihat, maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina pengetahuan baru.

B.     Kelemahan
Dalam bahasan kekurangan atau kelemahan ini mungkin boleh kita lihat dalam proses belajarnya di mana peranan guru sebagai pendidik sepertinya kurang begitu mendukung.

No comments:

Post a Comment