Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Zaman Air Batu)

Sejarah Tahun 4
Tajuk 2: Zaman Air Batu
Objektif pembelajaran:
·         Murid dapat menyatakan maksud Zaman Air Batu
·         Murid dapat menjelaskan sekurang-kurang dua perubahan yang berlaku pada Zaman Air Batu
·         Murid dapat menyenaraikan 2 benua  dan 2 lauatan di dunia ini
·         Murid dapat menyenaraikan dua keperluan menghargai alam sekitar.

Set Induksi (± 5 minit): Tayangan Video Klip yang bertajuk Ice Age
·         Bertanyakan soalan kepada murid berkaitan dengan video klip yang ditayangkan:
            - Siapa tahu tajuk cerita ini?
            - Apa maksud tajuk itu dalam bahasa Melayu
            - Masa itu semua kawasan diliputi apa?
·         Saya akan kaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar.

Langkah 1 (± 15 minit): Penggunaan Buku Teks (Kenali Zaman Air Batu)
·         Saya akan mengarahkan murid membuka buku teks muka surat 60-61.
·         Saya akan memperkenalkan maksud Zaman Air Batu, menjelaskan faktor yang menyebabkan kewujudan benua dan lautan dan menyatakan lokasi benua dan lautan di dunia ini.
·         Selepas itu, saya akan memberikan kertas warna putih dan biru, plastisin dan pita pelekat kepada murid untuk membuat bumi yang mempunyai benua dan lautan.



Langkah 2 (± 5 minit): Memaparkan peta yang tidak dilabel lokasi (Benua dan Lautan)
·         Saya akan menyuruh murid meletakkan kad nama benua dan lautan di tempat yang betul.
·         Aktiviti ini dapat membolehkan murid mengenalpasti lokasi benua dan lautan.
·         Aktiviti ini juga dapat mengukuhkan ingatan murid.

Langkah 3 (± 15 minit): Pembentangan Mengenai Kepulauan Melayu
·         Saya akan membahagikan murid kepada 5 kumpulan (4 org satu kumpulan).
·         Setiap kumpulan dikehendaki menjelaskan bagaimana Kepulauan Melayu terbentuk dan menyatakan contoh-contoh Kepulauan Melayu.
·         Saya akan meminta setiap ketua kumpulan untuk membentangkan hasil perbincangan di depan kelas.
·         Aktiviti ini dapat menjana idea murid2 dan membolehkan murid2 berfikiran kreatif.
·         Seterusnya, saya akan meminta murid2 menyelesaikan puzzle berkenaan Kepulauan Melayu.
·         Aktiviti ini dapat memupuk sikap kerjasama antara murid.

Langkah 4 (±15 minit): Kepentingan Alam Sekitar
·         Saya akan membahagikan murid kepada 3 kumpulan:
·         Kumpulan 1: bermain ‘snake game’ sambil menjawab soalan
·         Kumpulan 2: melukis bumi yang cantik dan bumi yang tercemar
·         Kumpulan 3: membuat kuiz

Penutup (±5 minit)
·         Saya akan menunjukkan semula gambar-gambar dan menayang video berkaitan dengan zaman air batu.
·         Murid diminta menyatakan maksud Zaman Air Batu dan cara menjaga alam sekitar.

·         Saya akan merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.

No comments:

Post a Comment