Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka: Hang Tuah Laksamana Melaka)

Tajuk 5: Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
5.4 Hang Tuah Laksamana Melaka
       5.4.1 Riwayat Hidup Hang Tuah
       5.4.2 Kehebatan Laksamana Hang Tuah
       5.4.3 Pertarungan Dua Sahabat
       5.4.4 Kesetiaan Tak Berbelah Bagi

-Aplikasi TKP
·         Verbal liguistik,interpersonal,visual ruang
-KBKK             
·         Menghubungkait, imbas kembali, menjana idea, berfikir secara kritis
-Kajian Masa Depan 
·         Murid-murid akan gemar belajar sejarah
-EMK    
·         Nilai murni

Bahan Bantu Mengajar
·         Power Point
·         Dadu Bergambar
·         Buku Teks Sejarah Tahun 4
·         Jadual Peristiwa
·         Keris Hang Tuah



Objektif Pembelajaran
1.    Menyatakan riwayat hidup Hang Tuah.
2.    Menyatakan peranan Hang Tuah sebagai laksamana.
3.    Menjelaskan peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah.
4.    Menyenaraikan sifat-sifat kesetiaan tokoh kepada intitusi beraja.
5.    Pengetahuan Sedia Ada:Murid pernah dengar cerita tentang Hang Tuah dengan Hang jebat
6.    Penerapan Nilai :Berani, kegigihan, cinta akan negara, keadilan (tidak berberat belah), setia kepada raja, bijaksanan, sanggup  berkorban

Set Induksi (± 10 minit): Riwayat Hidup Hang Tuah
Melihat power point yang disediakan.
·         Saya menayangkan power point yang bertema “Riwayat Hidup Hang Tuah” kepada murid.
·         Saya bertanyakan tokoh yang terdapat dalam power point yang ditayangkan.
·         Saya mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar.
·         BBM: Komputer, LCD, power point
·         KBKK: Menghubung kait
·         Nilai: Berani, bijaksana

Langkah 1 (±12 minit): Pengenalan Kehebatan Laksamana Hang Tuah
·         Saya memanggil angka giliran murid secara rawak supaya mendapat  2 orang murid untuk memain dadu yang dibuat dengan kad manila itu.
·         Saya menerangkan peranan Hang Tuah berdasarkan permukaan dadu tersebut.
·         BBM: Dadu bergambar yang dibuat dengan manila kad
·         KBKK: -
·         Nilai: Bijaksana, bertanggungjawab, setia kepada raja
Langkah 2 (±15 minit): Pertarungan Dua Sahabat
·         Saya mengarahkan murid membuka buku teks ke muka surat 144.
·         Saya menerangkan kisah tentang penderhakaan Hang Jebat kepada Sultan berdasarkan buku teks.
·         Selepas itu, saya akan menggunakan Chit board yang mempunyai susunan kronologi cerita untuk menceritakan tentang kejadian pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat.
·         Kemudian, saya membahagikan kepada 5 orang   sekumpulan
·         Kumpulan-kumpulan ini akan menampal balik susunan cerita yang berselerak ini dengan betul.
·         BBM: Buku Teks Sejarah Tahun 4, Jadual peristiwa yang mempunyai gambar-gambar yang mengikut susunan kronologi cerita.
·         KBKK: Perbincangan, Imbas kembali
·         Nilai: Bertanggungjawab, setia kepada raja, sanggup berkorban, keadilan.

Langkah 3 (±15 minit): Sifat Kesetiaan Laksamana Hang Tuah Keris Hang Tuah
·         Saya menyediakan 4 keris yang tulis tentang sifat-sifat kesetiaan Laksamana Hang Tuah dan penyimpan keris.
·         Saya menjelaskan tentang keempat-empat sifat ini dengan menggunakan keris yang dikeluarkan dengan satu demi satu.
·         BBM: Keris dan penyimpan keris yang dibuat daripada kad manila.
·         KBKK:-
·         Nilai: Setia kepada raja, menghormati raja, sanggup berkorban.

Penutup (± 8 minit): Kesimpulan
Saya memilih 5 orang pelajar secara rawak untuk memberi kesimpulan terhadap tokoh tersebut.
BBM:-
KBKK: Menjana idea

Nilai: Bijaksana, keadilan, setia kepada raja, sedia berkorban kepada negara

No comments:

Post a Comment