Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Zaman Prasejarah)


SEJARAH TAHUN 4
Tajuk 3: Zaman Prasejarah
Unit 6: Zaman Prasejarah
Rancangan Pengajaran Harian
Standard Pembelajaran
3.1.1   Menyatakan maksud prasejarah.
3.1.2   Menyatakan lokasi prasejarah.
3.1.3   Menyatakan kegiatan masyarakat prasejarah.
3.1.4   Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam
            masyarakat prasejarah
3.1.5               Menyatakan kepercayaan manusia prasejarah.
K3.1.6             Menyatakan kepentingan menghargai tinggalan sejarah.
K3.1.7             Menyatakan persediaan untuk menghadapi perubahan
            persekitaran.
K3.1.8             Menyatakan sikap manusia prasejarah yang perlu
           dicontohi.

Objektif Pembelajaran
i.    Tahu tentang kehidupan manusia prasejarah.
ii.    Memahami tentang kehidupan manusia prasejarah.
iii.   Menerangkan tentang kehidupan manusia prasejarah dengan memberikan contoh.
iv.  Menguasai maklumat tentang kehidupan manusia prasejarah dan menghubungkaitkan dengan kehidupan masa kini.

Set induksi (± 5 minit): Pengenalan ringkas tentang Zaman Prasejarah
·         Murid menonton video klip yang bertajuk “Zaman Prasejarah”
·         Guru bertanya pandangan murid-murid berkaitan dengan klip video yang ditayangkan:
Ø  Terdapat beberapa zaman prasejarah?
Ø  Apakah ciri-ciri bagi setiap zaman prasejarah?
·         Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk.

Langkah 1 (± 5 minit): Pengenalan kepada konsep Prasejarah.
·         Menayangkan power point.
·         Guru menjelaskan konsep prasejarah dengan lebih teliti.
·         Guru meminta murid untuk membaca sekali konsep prasejarah.

Langkah (± 10 minit): Lokasi bagi setiap Zaman Prasejarah.
·         Guru menyambung power point.
·         Guru menunjukkan lokasi-lokasi penempatan bagi setiap zaman prasejarah di power point.
·         Guru bertanya soalan yang berkaitan dengan tajuk kepada murid.
                        1. Zaman Paleolitik wujud pada bila dan manakah lokasi penempatannya?
                        40, 000 tahun dahulu. Kota Tampan, Perak; Tingkayu, Sabah dan Gua Niah,                     Sarawak.
                        2. Zaman Mesolitik wujud pada bila dan manakah lokasi penempatannya?
                        10, 000 tahun dahulu. Jenderam Hilir, Selangor; Gua Madai, Sabah dan Gua                     Kepah, Seberang Prai

Langkah 3 (± 20 minit): Kegiatan masyarakat prasejarah, Mengenal pasti alatan dan kegunaannya dalam masyarakat prasejarah, Kepercayaan manusia prasejarah, Kepentingan menghargai tinggalan sejarah, Persediaan untuk menghadapi perubahan persekitaran, Sikap manusia prasejarah yang perlu dicontohi.
·         Guru menyambung power point sehingga tamat.
·         Guru memberi peluang kepada murid untuk bertanya soalan dan menyuarakan pandangan mereka.
·         Guru menyampaikan ilmu tambahan kepada murid dengan menggunakan kertas mahjong.
·   Guru menayangkan klip video yang bertajuk “Zaman Prasejarah Di Malaysia” sebagai pengukuhan.

Permainan kecil (± 20 minit): Stesen Permainan
·         Guru akan membahagikan murid-murid kepada 4 kumpulan, iaitu setiap kumpulan 5 orang.
·         Kumpulan 1 berada di stesen 1, kumpulan 2 berada di stesen 2, kumpulan 3 berada di stesen 3, manakala kumpulan 4 berada di stesen 4.
·         Selepas menyiapkan tugasan pada stesen masing-masing, kumpulan 1 pergi ke stesen 2, kumpulan 2 pergi ke stesen 3, kumpulan 3 pergi ke stesen 4, manakala kumpulan 4 pergi ke stesen 1. Selepas menyelesaikan tugasan, pergi ke stesen yang seterusnya sehingga menyiapkan tugasan keempat-empat stesen.
·         Setiap stesen diberikan lima minit untuk menyempurnakan tugasan yang diberi.

Penutup (± 5 minit): Rumusan dan penerapan nilai murni dalam kehidupan.
·         Guru meminta murid membuat kesimpulan tentang apa yang dipelajari hari ini.
·         Guru mengedarkan lembaran kerja. Murid-murid diminta menyiapkan lembaran kerja di rumah.




Penggunaan BBM Dalam Pengajaran Saya
      Power Point
      Video
      Kertas Mahjong
      Stesen Permainan
      Puzzle (Stesen 1)
      Kuiz (Stesen 2 & 3)
      Aktiviti Mewarna (Stesen 4)
      Lembaran Kerja

Power Point
·         Meringkaskan maklumat yang terdapat dalam buku teks.
·         Mengeluarkan isi yang penting.
·         Terdapat animation dan transition yang menarik.
·         Terdapat warna yang berwarna-warni.
ü  Menarik perhatian para murid.
·         Dapat dijadikan sebagai nota kepada para murid.
·         Dapat meletakkan gambar dan video.

Klip Video
·         Menarik perhatian murid-murid.
·         Membolehkan murid-murid lebih memahami apa yang dipelajari olehnya.
·         Mempunyai ingatan yang lebih mendalam.
·         Tidak akan berasa bosan untuk belajar.
·     Membantu murid-murid yang mempunyai Kercerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Visual-Ruang dan Kecerdasan Muzik

Kertas Mahjong
·         Dapat menjimatkan masa untuk menulis.
·         Dapat menarik perhatian murid-murid.
·         Boleh digunakan lagi.
·   Membantu murid yang mempunyai kecerdasan Visual-Ruang dan Kecerdasan Verbal-Linguistik.


Stesen Permainan:
Puzzle (Stesen 1)
·         Dapat menyeronokkan proses pengajaran dan pembelajaran.
·         Meningkatkan minat murid-murid untuk belajar.
·         Membantu murid-murid memahami kepentingan untuk bekerjasama.
·         Merapatkan hubungan antara murid-murid.
·         Memupuk perpaduan dalam kalangan murid-murid.
·   Membantu murid-murid mempunyai ingatan yang lebih mendalam, khasnya murid yang memiliki Kecerdasan Visual-Ruang dan Kecerdasan Interpersonal.

Kuiz (Stesen 2 & 3)
·         Membantu murid-murid mengimbas kembali tentang apa yang dipelajari.
·         Memupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid-murid.
·         Mambantu murid yang mempunyai Kecerdasan Verbal-Linguistik, Kecerdasan Visual-Ruang dan Kecerdasan Intrapersonal.

Aktiviti Mewarna (Stesen 4)
·         Mendalamkan ingatan para murid tentang apa yang dipelajari.
·         Memupuk kerjasama dan perpaduan dalam kalangan murid.
·         Meningkatkan minat belajar murid-murid.
·   Dapat membantu murid-murid yang memiliki Kecerdasan Visual-Ruang dan Kecerdasan Naturalis.

Lembaran Kerja
·         Sebagai pengukuhan kepada murid-murid.
·         Membantu murid-murid menguruskan masa sendiri dengan baik.

·   Membantu murid-murid menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin, rajin dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment