Saturday 22 July 2017

CONTOH RPH (RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN)



RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Matapelajaran                                                 : Sejarah
Tarikh                                                              : 26.04.2017
Masa                                                               : 08.40 am -09.40 am (60 minit)
Tahun/Kelas                                                    : 4 MULLAI
Bilangan Murid                                                : 24
Tema                                                               :  Mari Belajar Sejarah
Tajuk                                                               : Simbol Kebangaan Sekolah
Standard Kandungan                                      : 1.3 Sejarah sekolah.
Standard Pembelajaran                                  : 1.3.5  Menyatakan maksud warna dan simbol pada lencana dan bendera sekolah.
                                                                          K1.3.7 Menjelaskan tanggungjawab diri sebagai warga sekolah.
Objektif Pembelajaran                                     : Pada akhir pembelajaran murid dapat :-
1.    Menyenaraikan simbol dan warna yang terdapat pada lencana sekolah dengan betul.
2.    Menulis maksud simbol dan warna yang terdapat pada lencana sekolah
3.    Mengenalpasti tanggungjawab diri sebagai warga sekolah beserta dengan contoh yang sesuai.

Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS)      : Imaginasi dan Empati : Imaginasi secara visual
             Elemen Merentas Kurikulum      : TMK, Kreatif dan Inovatif
                                          Nilai Murni     : Tanggungjawab
  Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai     : Interpersonal, visual ruang, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik, muzik
                              Kemahiran Berfikir    : Mencirikan, Menghubungkait
                                        Alat Berfikir     : Peta buih, peta dakap
          Bahan Bantu Mengajar (BBM)     : Marker Pen, lencana sekolah, bendera sekolah kertas lukisan, gam, gunting,,kad jawapan  
                                                                  lembaran kerja, buku teks, LCD, komputer riba,video, audio
















MASA
ISI PELAJARAN
AKTIVITI
CATATAN
Set induksi
(5 minit)

Bendera Malaysia


1.    Murid mengucapkan salam kepada guru.
2.    Guru memastikan bilangan murid yang mencukupi.
3.    Guru menunjukkan bendera Malaysia.
4.    Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.
a.    Terdapat berapa warna dalam bendera Malaysia dan apakah warna-warna tersebut ?
: 4, Merah, Biru, Kuning,   Putih
b.    Apakah simbol yang terdapat pada bendera Malaysia ?
: Bintang dan Bulan Sabit
c.    Mengapa Setiap negara mempunyai Bendera dan apakah kegunaannya ?
:Lambang sesuatu negara dan menunjukkan identiti sesebuah negara.
5.    Guru  merumuskan jawapan murid dan mengaitkan tajuk pelajaran memperkenalkan tajuk hari ini.

Elemen Merentas Kurikulum
-       TMK
Kecerdasan Pelbagai    
-       Kinestetik, Interpersonal
Kemahiran Berfikir
-       Mencirikan
Bahan bantu mengajar
-       TMK, Bendera Malaysia

Langkah  1
(10 minit)




Lencana Sekolah




       Bendera Sekolah
1.    Guru menyoal murid berkaitan dengan lencana sekolah dan bendera  sekolah.
2.    Lencana sekolah ditayang menggunakan Power Point .
3.    Setiap kumpulan menulis jawapan pada kad jawapan yang disediakan.
4.    Setelah menjawab soalan pertama mereka akan memaparkan kad jawapan.
5.    Kumpulan diminta untuk memberi respond kepada kumpulan lain .
6.    Aktiviti ini berterusan sehingga soalan yang keempat.
7.    Setiap kumpulan diminta menulis warna yang ada pada lencana sekolah pada kad jawapan tanpa melihat slide power point.

(Objektif yang perlu dicapai pada langkah ini: murid dapat memahami dan menyenaraikan simbol dan warna yang ada pada lencana)

Elemen Merentas Kurikulum
-       TMK
-       ,Kemahiran Berfikir
Kecerdasan Pelbagai    
-       Intrapersonal
Kemahiran Berfikir
-       Mencirikan
Bahan bantu mengajar
-       Slide, TMK
-       Kad Jawapan
























Aktiviti 2
(20 minit)
Collaboration

Sudut 1
Mencari dan melengkapkan maksud simbol yang terdapat pada lencana sekolah.
Sudut 2
Mencari dan melengkapkan maksud warna yang terdapat pada bendera sekolah.

1.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
2.    Guru menjelaskan peraturan-peraturan yang hendak dipatuhi semasa menjalani aktiviti kumpulan.
3.    Setiap  kumpulan menghantar ketua kumpulan ke sudut untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan maksud simbol dan warna pada lencana sekolah.
4.    Setiap kumpulan menerima sebuah lencana sekolah.
5.    Ketua kumpulan pulang ke kumpulan masing-masing dan memberikan maklumat yang dikumpul.
6.    Setiap kumpulan menulis ciri-ciri yang ada pada lencana sekolah.
7.    Murid berkolaborasi antara kumpulan dan membincang maklumat yang diperolehi dari sudut.
(Objektif yang hendak dicapai dalam langkah ini : Murid dapat menulis maksud symbol dan warna pada lencana sekolah dalam kumpulan)

Elemen Merentas Kurikulum
-       Kreatif dan inovatif
Kecerdasan Pelbagai    
-       Kinestetik, intrapersonal, visual ruang
Kemahiran Berfikir
-       Mencirikan
Bahan bantu mengajar
-       Peta Buih












Aktiviti 3
(10 minit)

(Critical)
 





1.    Guru menyangkan Power point yang mengandungi gambar berkaitan dengan murid.
2.    Murid memberi respon kepada soalan yang dikemukakan oleh guru.

Situasi 1
Mengapakah murid perlu beratur ?
Disiplin, mengelakkan jatuh, nampak teratur, peraturan sekolah
Dimana biasanya anda beratur di sekolah?
Kantin sekolah, semasa perhimpunan, dewan sekolah, semasa pulang ke rumah.
Apa yang akan berlaku jika kita tidak mematuhi peraturan ?
Jatuh, makanan atau air tumpah di kantin, melanggar kawan semasa membeli makanan.

Situasi 2
Guru menayangkan gambar olahragawati sekolah.
Siapakah murid yang terdapat dalam gambar ini?
Sri Mithra, olahragawati sekolah
Mengapakah dia diberi anugerah olahragawati semasa sukan tahunan pada tahun ini ?
Terkenal dengan lari pecut, dia menjadi juara dalam banyak pertandingan sehingga antarabangsa.
Bagaimanakah perasaan anda apabila melihat Sri Mithra yang merupakan anak murid sekolah kita ?
Bangga, gembira.
Siapa yang ingin menjadi seperti dia?
...
3.    Guru merumuskan jawapan murid dengan mengaitkan maksud perpaduan /bersatu padu dalam kalangan murid dan juga sifat keberanian dalam menaikkan nama sekolah di antarabangsa.
(Objektif yang hendak dicapai pada langkah ini : murid dapat menyebut tanggungjawab diri sebagai warga sekolah)
Elemen Merentas Kurikulum
TMK
-       Kemahiran Berfikir
Kecerdasan Pelbagai    
-       Kinestetik, Interpersonal
Nilai Murni
-       Tanggungjawab
Bahan bantu mengajar


Langkah 4
(10 minit)

Lembaran kerja
Latihan Pengayaan

    


Latihan Pengukuhan

                         
1.    Murid menerima lembaran kerja daripada guru.
2.    Guru menjelaskan arahan soalan.
3.    Aktiviti pengukuhan diberi kepada murid yang lemah.
4.    Aktiviti pengayaan diberi kepada murid yang dapat memahami seluruh isi pelajaran.
5.    Guru merumuskan langkah ini secara ringkas.
Elemen Merentas Kurikulum
-       Kreatif dan inovatif
Kecerdasan Pelbagai    
-       Interpersonal
Nilai Murni
-       Tanggungjawab
Bahan bantu mengajar
-       Lembaran Kerja






Penutup
 (5  minit)

Penutup Sosial
Lagu sekolah


1.    Murid menyanyikan lagu sekolah tanpa iringan muzik.
2.    Murid menyanyikan Lagu Sekolah dengan iringan muzik.
3.    Murid diminta merumuskan isi pelajaran secara ringkas dan padat.
4.       Guru menimbulkan perasaan positif dalam kalangan murid.

Elemen Merentas Kurikulum
-       TMK
Kecerdasan Pelbagai    
-       Interpersonal
Nilai Murni
-       Tanggungjawab
Bahan bantu mengajar
-Audio lagu sekolah




No comments:

Post a Comment