Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Perjuangan Kemerdekaan Negara)

TAJUK 7: PERJUANGAN KEMERDEKAAN NEGARA
7.2 Perjuangan Tokoh Tempatan menentang British

Set Induksi
·        Tayangan Video: Pemasyuran Kemerdekaan Negara
·        Mengetahui detik-detik bersejarah kemerdekan negara:
·        Guru bertanyakan kepada murid-murid intipati yang terdapat dalam video yang ditayangkan.
·        Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk yang akan diajar.

Langkah 1
·        Melabelkan tokoh-tokoh pejuang tempatan dengan kawasan kebangkitan berdasarkan peta Malaysia:
·        Aktiviti 1: Melabelkan tokoh
·        Guru memaparkan sebuah peta Malaysia yang merangkumi kawasan kebangkitan tokoh-tokoh pejuang tempatan.
·        Guru menyediakan beberapa buah kad yang tertera gambar tokoh-tokoh pejuang tempatan.
·        Guru menyuruh murid-murid untuk melabelkan kad pada tempat yang betul.

Langkah 2
·        Memahami perjuangan tokoh-tokoh pejuang tempatan
·        Aktiviti 2: Mengenali tokoh-tokoh pejuang tempatan.
·        Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada enam orang murid.
·        Guru memaparkan mounting board berkenaan sebab-sebab dan peristiwa-peristiwa penentangan beberapa tokoh pejuang tempatan.
·        Setiap kumpulan perlu menamakan seorang tokoh pejuang berdasarkan petunjuk yang telah diberikan.
·        Guru menyuruh murid-murid menamakan tokoh pejuang tempatan berdasarkan sebab penentangan dan peristiwa penentangan yang dialami oleh tokoh tersebut.
·        Murid-murid diberikan masa selama tiga minit untuk berbincang dengan ahli-ahli kumpulan sebelum mengemukakan jawapan.
·        Kemudian, dengan iringan video lagu guru mengarahkan murid-murid menyiapkan puzzle gambar tokoh pejuang mengikut kumpulan masing-masing.

Penutup
·        Guru merumuskan isi-isi penting dalam pelajaran hari ini.
·        Guru menekankan semangat patriotism yang mesti ada dalam diri murid-murid.

Hasil Pembelajaran
- Murid-murid dapat:
1.   Menyenaraikan tokoh-tokoh tempatan yang menentang penjajahan British.
2.   Menyatakan peristiwa penentangan tokoh tempatan terhadap British.
3.   Menyatakan sebab penentangan tokoh tempatan terhadap British.
4.   Menyatakan iktibar yang diperoleh daripada perjuangan tokoh terdahulu.
5.   Menyatakan rasa bangga terhadap perjuangan pemimpin terdahulu.

6.   Menyatakan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.

No comments:

Post a Comment