Monday 24 July 2017

Kumpulan 7 - Penyediaan aktiviti pengajaran dengan menggabungjalinkan kemahiran muzik, ciptaan lirik, irama dan melodi mengikut kesesuaian murid-murid

7.1 PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN
Penerapan seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah satu usaha yang patut digalakkan.
Anda dikehendaki menyediakan satu aktiviti pengajaran dengan menggabungjalinkan kemahiran muzik, ciptaan lirik, irama dan melodi mengikut kesesuaian murid-murid tahun 4.
Anda boleh merujuk kepada mana-mana tema dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Tahun 4.

Seni Muzik
·       Berasal dari dua perkataan, iaitu “seni” dan “musik”.
·       Seni adalah hasil cipta, rasa, dan karsa (kehendak) manusia yang diwujudkan dalam pelbagai sarana.
·       Musik adalah hasil pengolahan suara, melodi, harmoni, irama, vokal, tempo.
·       Seni muzik adalah hasil cipta, rasa, dan karsa manusia yang diwujudkan dalam olahan suara, melodi, harmoni, ritme, vokal, dan tempo.
·       Seni muzik adalah seni yang menggunakan olah vokal, melodi, harmoni, ritme, dan tempo sebagai sarana mengekspresikan perasaan atau emosi penciptanya.
·       Seni muzik telah menjadi salah satu sarana hiburan seiring dengan perkembangan teknologi.
·       Seni muzik terdiri daripada alunan muzik dari alat muzik dan beberapa lagi menggunakan olah vokal.



Apa itu muzik?
       Menurut Campbell (1995), muzik adalah suatu kesenian yang tertumpu pada aspek pendengaran atau aural.
       Aural = Kemahiran mendengar melalui lagu yang dipelajari.
       Muzik boleh diperkenalkan kepada bayi dan juga kanak-kanak pra sekolah dalam bentuk elemen muzik.

11 kemahiran muzik yang dicadangkan:
  1. Kemahiran menyanyi
  2. Kemahiran mendengar muzik
  3. Kemahiran bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik
  4. Kemahiran memahami dan menulis notasi muzik
  5. Memahami sejarah muzik
  6. Memahami reka bentuk dan konsep muzik
  7. Memahami aspek perhubungan yang wujud antara muzik dengan arena-arena kehidupan manusia yang lain
  8. Memahami peranan dan kedudukan muzik dalam masyarakat
-       muzik sebagai alat hiburan
-       muzik sebagai nasihat dan pengajaran
-       medium untuk menyebarkan Islam
  1. Mendapat pengalaman-pengalaman muzikal misalnya menghadiri persembahan konsert
  2. Menilai muzik dengan bijaksana
  3. Menghargai muzik
Ciptaan lirik
       Ciptaan adalah hasil setiap karya pencipta dalam bentuk khas apapun juga dalam lapangan ilmu, seni dan sastera.
       Ciptaan adalah hasil setiap karya Pencipta dalam bentuk khas dan menunjukkan keasliannya dalam lapangan ilmu pengetahuan, seni dan sastera.
       Ciptaan adalah hasil setiap karya Pencipta yang menunjukkan keasliannya dalam lapangan ilmu pengetahuan, seni, atau sastera.
       Lirik ialah perkataan-perkataan dalam lagu.
       Lirik boleh ditulis semasa muziknya digubah, atau ditulis selepasnya.

Irama
       Gabungan pelbagai jenis nilai not muzik yang berlainan akan menghasilkan irama yang berbeza.
       Merujuk kepada organisasi muzik mengikut masa.
       Mempunyai bit (denyutan) yang berulang secara berterusan yang membahagikan muzik dalam unit masa yang seimbang.
       Mempunyai meter (organisasi bit berasaskan tekanan kuat dan lembut berdasarkan corak irama corak tertentu).

Corak irama
       Irama mempunyai tempo (kelajuan sesuatu bit).
       Tempo cepat dikaitkan dengan perasaan yang bertenaga manakala tempo lambat dikaitkan dengan mud yang tenang.
       Contoh tempo: allegro (cepat) moderat (moderate pace).
Melodi
       Bunyi muzik yang berturut-turut yang digabungkan untuk mewujudkan sesuatu melodi yang menyeluruh.
       Mempunyai pic (tinggi atau rendah sesuatu bunyi yang boleh dihasilkan oleh alat muzik ataupun suara).

Pic rendah, tengah dan tinggi
       Setiap melodi akan bermula, bergerak serta berakhir mempunyai haluan, bentuk dan kesinambungan.
       Melodi boleh bergerak secara menaik, menurun atau secara pendulum yang boleh dinotasikan dalam skor muzik.

Tema            :         Sejarah Awal Negara
Tajuk 5         :         Tokoh-tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Unit 8            :         Tokoh Terbilang

Syair Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka
Tersebutlah kisah negeri Melaka,
Sultan, Bendahara, Laksamana tercinta,
Memerintah negeri aman sentosa,
Tersohorlah sudah seluruh dunia.

Sultan Melaka memerintah negeri,
Penuh adil lagi bestari,
Melaka menarik dagang senteri,
Hingga tersohor ke sana sini.
Bendahara pula pentadbir utama,
Menasihati Sultan penuh bijaksana,
Mengetuai perang menentang durjana,
Juga memastikan keselamatan raja.
Laksamana pula pantang derhaka,
Melaksana tugas untuk Melaka,
Menjadi pengawal untuklah raja,
Menyelamat Melaka dari bahaya.

Aktiviti yang boleh dijalankan
       Bersyair
       Menyusun ciri-ciri tokoh terbilang dalam bentuk peta minda

Bahan bantu mengajar (BBM)
       LCD
       Komputer riba
       Kertas syair
       Pembesar suara
       Buku teks
       Slaid powerpoint
       Kit pyramid tokoh terbilang
       Gambar-gambar kesultanan Melaka (gambar tokoh)

       Guru juga boleh menggunakan kemahiran nyanyian daripada mata pelajaran muzik ke dalam mata pelajaran Sejarah.
       Guru boleh membimbing pelajar supaya mencipta lirik bagi lagu untuk mengambarkan peristiwa Kesultanan Melayu Melaka pada masa dahulunya.
       Terdapat banyak lagu patriotik yang boleh dinyanyikan untuk penghayatan semangat patriotisme di kalangan pelajar seperti “Jalur Gemilang”, Lagu Rukun Negara dan sebagainya.

Lagu-lagu bertemakan motivasi diri, semangat kekeluargaan, keamanan dan kemakmuran juga boleh diperolehi dengan banyak untuk disesuaikan dengan tajuk-tajuk pengajaran guru dalam mata pelajaran Kajian Sosial.
                                                                                   (Zulkifli & Jamel, 2007:177)

Kesimpulan
       Pengajaran yang dilaksanakan dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni muzik dan berbeza dari kaedah pengajaran tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok.
       Bukan itu sahaja, murid akan berasa selesa dan mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.



Soalan
1.    Apakah maksud seni muzik?
·       Seni muzik adalah hasil cipta, rasa, dan karsa manusia yang diwujudkan dalam olahan suara, melodi, harmoni, ritme, vokal, dan tempo.
·       Seni muzik adalah seni yang menggunakan olah vokal, melodi, harmoni, ritme, dan tempo sebagai sarana mengekspresikan perasaan atau emosi penciptanya.

2.    Nyatakan kemahiran muzik yang dicadangkan.
·       Kemahiran menyanyi
·       Kemahiran mendengar muzik
·       Kemahiran bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik
·       Kemahiran memahami dan menulis notasi muzik
·       Memahami sejarah muzik
·       Memahami reka bentuk dan konsep muzik
·       Memahami aspek perhubungan yang wujud antara muzik dengan arena-arena kehidupan manusia yang lain
·       Memahami peranan dan kedudukan muzik dalam masyarakat
·       Mendapat pengalaman-pengalaman muzikal misalnya menghadiri persembahan konsert
·       Menilai muzik dengan bijaksana
·       Menghargai muzik

3.    Apakah kesan aplikasi seni muzik dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah?
·       Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok.
·       Memupuk nilai kerjasama antara guru dengan murid.
·       Para murid berpeluang untuk menjalani proses penerokaan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
·       Luahan perasaan dan aras keyakinan yang tinggi.

Rujukan
Buku
Zulkifli Yaakob & Mohd. Jamel Ismail. (2007). Seni Dalam Pendidikan.
          Kuala Lumpur: Open University Malaysia (OUM).

Internet
https://suciptoardi.wordpress.com/2009/04/15/mengajar-sejarah-dengan-seni-apakah-mengingkari-hakikat-sejarah-sebagai-ilmu/
https://www.coursehero.com/file/16193538/RPH-SEJARAH-THN-4-Makwa-Minggu-4-Internship-511docx/
http://www.slideshare.net/coklat_lemon/apa-itu-muzik
http://www.slideshare.net/khairunnisamohammad1/kemahiran-muzik
http://www.slideshare.net/matahati81/sejarah-kssr-tahun-4-peta-minda
http://www.slideshare.net/wanrohaniwansulaiman1/peranan-seni-dalam-pendidikan-38703165

http://www.utm.my/panitiamuzik/kemahiran-nyanyian/

No comments:

Post a Comment