Monday 24 July 2017

Kumpulan 1 - Konsep Teori kecerdasan pelbagai (Howard Gardner)

PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
1.1        Berdasarkan Teori kecerdasan pelbagai (Howard Gardner), jelaskan konsep, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan untuk mata pelajaran sejarah Tahun 4 atau 5

Konsep Teori kecerdasan pelbagai (Howard Gardner)
An intelligence is the ability to solve problem, or to create products that are valued within one or more cultural setting” (Gardner, 1983)
                     Menurut Gardner (1983), kecerdasan pelbagai adalah kepakaran kecerdasan manusia seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah, menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat untuk menghasilkan output yang efektif.
ü  Konsep teori kecerdasan pelbagai dirumuskan sebagai:
·       kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
·       kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
·       kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

ü  Teori ini merupakan teori yang penting berhubungkait dengan murid dan guru.
ü  Menurut Howard Gardner, setiap manusia mempunyai 8 kecerdasan pelbagai dan beliau juga menyatakan setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza mengikut kecerdasan masing-masing.



Kecerdasan Linguistik
ü  Kecerdasan linguistik  adalah kemampuan untuk menggunakan kata-kata  secara efektif, baik secara lisan maupun tulisan.
ü  Ciri-ciri :
ü  Suka mendengarkan cerita
ü  Membaca

Kecerdasan Logik Matematik
ü  Kemampuan seseorang dalam memecahkan masalah. Ia mampu memikirkan dan menyusun solusi (jalan keluar) dengan urutan yang logis (masuk akal). 
ü  Ciri-ciri :
-       senang bekerja dengan angka dan dapat melakukan perhitungan mental (mencongak)
-       tertarik dengan kemajuan teknologi dan gemar melakukan percobaan untuk melihat cara kerja sesuatu hal.

Kecerdasan Visual Ruang
ü  Kecerdasan visual dan spasial adalah kemampuan untuk melihat dan mengamati dunia visual dan spasial secara akurat (cermat).
ü  Ciri-ciri :
-       menyukai seni, menikmati lukisan dan patung. Anda memilki citra rasa yang baik akan warna.
-       menyukai pencatatan secara visual dengan menggunakan kamera atau handycam.



Kecerdasan Muzik
ü  Kecerdasan musik adalah kemampuan untuk menikmati, mengamati, membedakan, mengarang, membentuk dan mengekspresikan bentuk-bentuk musik. Kecerdasan ini meliputi kepekaan terhadap ritme, melodi dan timbre dari musik yang didengar.
ü  Ciri-ciri :
-       memainkan alat musik.

Kecerdasan Interpersonal
ü  Kecerdasan interpersonal ialah kemampuan untuk mengamati dan mengerti maksud, motivasi dan perasaan orang lain.
ü  Ciri-ciri :
-       bekerja sama dengan orang lain dalam suatu kelompok 

Kecerdasan Intrapersonal
ü  Kecerdasan intrapersonal adalah kemampuan yang berhubungan dengan kesadaran dan pengetahuan tentang diri sendiri. Dapat memahami kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Mampu memotivasi dirinya sendiri dan melakukan disiplin diri.
ü  Ciri-ciri :
-       menyendiri untuk memikirkan dan memecahkan masalah itu sendiri.

Kecerdasan Kinestetik
ü  Kecerdasan kinestetik ialah kemampuan dalam menggunakan tubuh kita secara terampil untuk mengungkapkan ide, pemikiran dan perasaan.
ü  Ciri-ciri :
-       senang memikirkan persoalan sambil aktif dalam kegiatan fisik seperti berjalan atau lari.
-       melakukan kegiatan fisik.

Kecerdasan Naturalis
ü  Kecerdasan naturalis adalah kemampuan untuk mengenali, membedakan, mengungkapkan dan membuat kategori terhadap apa yang di jumpai di alam mahupun lingkungan.

Objektif Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
·       Teori kecerdasan pelbagai(TKP)  berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan masa kini.  Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee Dickinson merumuskan definisi Howard Gardner sebagai:
a)   kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
b)   kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c)   kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Matlamat Teori kecerdasan pelbagai
i. Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam.
ii. Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara.
iii. Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan berlainan.

Soalan
Senaraikan 8 jenis kecerdasan pelbagai.

Sebagai seorang guru bagaimanakah anda melibatkan salah satu kecerdasan pelbagai dari 8 jenis kecerdasan pelbagai dalam p&p anda?

No comments:

Post a Comment