Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Yang Di-Pertuan Agong)

Sejarah Tahun 5
Tema: Yang Di-Pertuan Agong

Standard Kandungan: Institusi Yang di-Pertuan Agong

Standard Pembelajaran
8.1.1   Menyatakan Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi ketua negara Malaysia.
8.1.2   Menyatakan cara pelantikan Yang di-Pertuan Agong.
8.1.3   Menyenaraikan bidang kuasa Yang di-Pertuan            Agong.
8.1.4   Menyatakan alat-alat kebesaran Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.
K8.1.6 Menjelaskan keunikan institusi Yang di-Pertuan Agong dalam sistem                     pemerintahan di Malaysia.
K8.1.7 Menyatakan kepentingan menghormati pemimpin negara.

Aktiviti
·         Menonton tayangan video tentang Senarai Yang di-Pertuan Agong.
·         Menyusunkan nama negeri, gambar-gambar, nama, tempoh masa Yang di-Pertuan Agong mengikut urutan

Set Induksi
·         Saya akan menunjukkan gambar Ringgit Malaysia.
·         Saya tanya soalan kepada murid berkaitan dengan gambar Ringgit Malaysia.
Ø  Siapakah tokoh dalam Ringgit Malaysia? Murid akan menjawab soalan guru secara lisan.
Ø  Apakah peranan tokoh ini? Murid menjawab soalan guru secara lisan.
Ø  Saya mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.
Mengajar murid tentang:
Ø  Kaedah Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
Ø  Adat Dijunjung, Istiadat Disanjung
Ø  Raja Berdaulat (Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong
Ø  Alat Kebesaran Diraja
Ø  Daulat Tuanku
Ø  Menghormati Pemimpin

Aktiviti Papan Senarai Yang di-Pertuan Agong
·         Saya akan membahagikan murid kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lima orang ahli kumpulan.
·         Setiap kumpulan diberi tiga set maklumat Yang di-Pertuan Agong yang mengandungi nama negeri, gambar, nama dan tempoh masa Yang di-Pertuan Agong.
·         Setiap kumpulan akan membuat perbincangan kumpulan masing-masing.
·         Saya akan memainkan lagu semasa setiap kumpulan membuat perbincangan.
·         Saya akan berhentikan lagu dan murid keluar untuk melekat maklumat itu di atas papan yang disediakan oleh saya.
·         Selepas murid melekat semua maklumat Yang di-Pertuan Agong, saya akan memastikan ia adalah betul, jika terdapat kesalahan saya akan menyuruh murid untuk membuat pembaikian.
·         Saya akan memberi pujian kepada setiap kumpulan.

Penerapan Nilai Murni
·         Bersyukur
·         Menghormati   
·         Mempertahan
·         Semangat patriotik
·         Semangat jati diri
·         Menghargai
·         Kesetiaan

·         Berani

No comments:

Post a Comment