Monday 24 July 2017

Kumpulan 4 - Kepentingan deria dalam proses PdP Sejarah Sekolah Rendah

Kanak-kanak, Deria dan Seni
4.1 Perkembangan kepekaan deria kanak-kanak melibatkan deria
Sentuh
Dengar
Lihat
Rasa
Hidu
Jelaskan kepentingan kelima-lima deria di atas dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah sekolah rendah.

Definisi Deria
Sistem yang terdiri daripada sekelompok sel-sel penerima yang membalas fenomena fizikal yang tertentu dalam otak di mana isyaratnya diterima lalu ditafsirkan.

Perkembangan kepekaan deria
       Pada usia 0-2 tahun :
ü  Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaan deria.
ü  Memperoleh koordinasi dan kawalan otot
ü  Mengenal objek dan alam sekitar
       Pada usia 6-12 tahun :
ü  Perkembangan kepekaan deria matang.
       Perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.
       Perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.
       Aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi dengan menggunakan deria.

Deria
-          Sentuh
-          Dengar
-          Lihat
-          Rasa
-          Hidu

Sentuhan
       Secara umumnya, sentuhan dilakukan dengan menggunakan jari.
       Aspek psikomotor yang mula-mula diperolehi.
       Perkembangan deria sentuh ini mula berkembang ketika masih bayi.
       Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak akan berhenti menangis dan berasa selamat.
       Melalui sentuhan, murid akan dapat melakukan pelbagai aktiviti antaranya ialah murid menggunakan jari untuk melukis, mencipta corak irama dan mengetahui aras atau ruang ( tinggi / rendah, dekat/jauh)
       Kombinasi lembut atau kasar, licin atau kesat, tajam atau tumpul dan lain-lain dapat dirasa melalui sentuhan.
       Kepekaan deria sentuh ini membantu murid membezakan kepelbagaian jenis permukaan dan tekstur yang wujud.
       Aktiviti yang melibatkan deria sentuh akan membantu murid menjadi lebih teliti dan peka dalam mengecam sesuatu.

Dengar
       Mendengar melibatkan telinga.
       Contoh :
       Aktiviti seni visual : murid belajar menginterpretasikan muzik yang di dengari di dalam sebuah karya seni.
       Aktiviti muzik : murid mendengar lagu yang dimainkan dan cuba mengecam dan membuat klasifikasi alat muzik yang digunakan.
       Aktiviti pergerakan : murid mengaplikasi rentak muzik dalam bentuk pergerakan fizikal.

Lihat
       Menggunakan deria mata
       Melibatkan pengamatan dan pemerhatian.
       Contoh : melalui pengamatan terhadap karya seni yang menarik, akan menggalakkan murid lebih menghayati seni dan meminatinya.

Rasa
       Rasa merupakan gerak hati atau kata hati murid.
       Dengan menggunakan deria ini, murid akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat.
       Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi (penilaian) atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya.
       Di dalam seni visual, murid akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehinya apabila membuat aktiviti seni.
       Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kaki murid akan bergoyang disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik yang didengarinya.

Hidu
       Hidu lebih menekankan aspek penanggapan.
       Penanggapan bermaksud proses penyusunan maklumat deria khasnya pada deria perhatian dan pendengaran.
       Penanggapan = kebolehan mental merancang strategi dan menyelesaikan masalah.
       Contohnya, murid membuat penanggapan apakah konsep yang akan diajar oleh guru.

Strategi untuk menyerapkan unsur penanggapan dalam pengajaran
a)    Kebolehan mental  murid
Ø  Faktor ini penting untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran yang optimum mengenai konsep yang diajar oleh guru.

b)   Pendekatan pengajaran
Ø  Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan untuk membentuk penanggapan yang baik.
i) Pendekatan inkuiri penemuan
    • Murid mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukannya sebagai pemberi jawapan yang sebenar.
    • Contoh : guru menyediakan tajuk Seni Batik, maka murid-murid akan mencari sebanyak mana maklumat untuk menghasilkan corak yang terbaik.
  • Pendekatan resepsi
    • Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.
  • Pendekatan deduktif
    • Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

Kepentingan kepekaan deria
Menurut Mohd Jamel Ismail (2010), dengan menggunakan deria aktiviti seni dapat meningkatkan naluri ingin tahu seseorang melalui eksplorasi dan eksperimentasi.
Menurut Willian G. Perry Jr (1982), pengalaman pembelajaran melalui pelbagai deria boleh menghasilkan hasil pembelajaran yang baik. Beliau menyatakan bahawa,
“ Semakin kerap anda menggunakan peralatan atau teknik yang memerlukan penggunaan lebih daripada satu deria manusia, semakin banyak anda dapat menolong mempelajari kemahiran teknomotor. “

Persekitaran
Aspek fizikal
Aspek sosial
Aspek emosi

Aspek fizikal
       Cahaya
Ø  dapat menerangi ruang bilik darjah.
       Peredaran Udara
Ø  menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.
        Stor
Ø  tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja murid sama ada dalam bilik stor atau almari.
       Panel dan Rak Pameran
Ø  untuk tujuan mempamerkan hasil kerja murid.
        Perabot
Ø  Kemudahan Asas
Ø  Sinki dan punca elektrik dipasang di tempat yang sesuai.

Aspek emosi
       Hiasan Dalaman
       menggalakkan lagi interaksi pelajar
        Ruang
       menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang    selesa dan kondusif.
       Peragaan Hasil Kerja
       dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar  dalam menghasilkan kerja seni.

Aspek sosial
       Interaksi Murid
       dapat menggalakkan interaksi murid dengan murid dan murid dengan guru.
       Kemudahan Aktiviti Kumpulan
       Menyediakan ruang dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.

Perkembangan Nilai Estetika
       Perkataan Greek iaitu aisthetikos –merujuk kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan persepsi deria.
       Bagi Bates (2000), satu kajian falsafah yang berkaitan dengan kecantikan.
       Gazalba (1978), satu cabang ilmu normatif yang membawa nilai-nilai kecantikan dan kebaikan.
       Ragans (2000) - menilai hasil karya bukan sahaja dilihat pada kecantikan karya tersebut malahan ia juga perlu dilihat dari sudut kejayaan sesuatu karya.
       Abdul Shukor Hashim (1991) yang melihat setiap pengalaman pembelajaran sebagai pengalaman estetik.
        Persepsi
       Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi
individu terhadap rangsangan.
        Faktor-faktor yang mempengaruhi persepsi :
       Jangkaan
       Hubungan latar depan dan belakang
       Penumpuan
       Tempoh masa
       Tugasan jelas
       Pengalaman
       Susunan objek
       Imaginasi
       Merupakan daya khayalan atau kemampuan
menggambarkan sesuatu.
       Konsepsi pelajar
       Proses pembentukan konsep adalah untuk
menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep.

Penggabungjalinan
       Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu kemahiran iaitu gabungan kemahiran fokus dan kemahiran sampingan
       Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan dengan secara bersepadu serta menyeluruh.
       Penggabungjalinan kemahiran secara merentas kurikulum :
       Kemahiran belajar untuk belajar – kemahiran membaca dengan pantas , membuat nota dan lain-lain
       Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis – mengenal fakta, membuat andaian dan membawa kepada perubahan yang positif. Manakala pemikiran kritis juga membolehkan pelajar membuat analisis dan membuat penyelesaian.
       Kemahiran pelbagai kecerdasan – 8 kecerdasan
       Kemahiran generik-kemahiran komunikasi,IT,kerja dalam kumpulan

Kebaikan Penggabungjalinan
       Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperolehi
daripada mata pelajaran lain.
       Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan
dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang
dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.
       Pelajar berpeluang untuk menyatupadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan.
       Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana
pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.



Kesimpulan ringkas
       Murid
       Dapat berinteraksi secara langsung dengan persekitaran.
       Dapat memperkembangkan kemahiran meneroka.
       Dapat membentuk kebolehan untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.
       Guru
       Dapat menyampaikan informasi secara lebih berkesan.
       Dapat menarik minat murid untuk belajar.
       Dapat mengekalkan tumpuan murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Soalan
1. Terdapat beberapa jenis deria? Nyatakan.
Ø  Terdapat lima jenis deria, iaitu sentuh, dengar, lihat, rasa dan hidu.

2. Nyatakan satu kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø  Murid dapat berinteraksi secara langsung dengan persekitaran.
Ø  Guru dapat menarik minat murid untuk belajar.
Ø  Jawapan-jawapan yang munasabah.



Bibliografi
Mohd Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Percetakan ZafAr Sdn. Bhd.
William G. Perry Jr. (1982). Cara Membina Pendidikan Vokasional
Berasaskan Kecekapan. Johor     Bahru: Cetak Ratu sdn. Bhd.







No comments:

Post a Comment