Tuesday 25 July 2017

Bahan Bantu Mengajar (Sejarah Dan Kita)

Tema: Mari Belajar Sejarah
Unit 1: Sejarah Dan Kita
Bahan Bantu Mengajar
·         Video Klip
·         Kad Aktiviti
·         Puzzle
·         Slaid Power Point
·         Gambar rajah
·         Kertas Catatan

Set Induksi
·         Guru memulakan pengajaran dengan menayangkan sebuah video klip.
·         Guru memperkenalkan konsep sejarah dan peristiwa bersejarah
- Hasil Pembelajaran
·         Murid memperolehi gambaran tentang konsep sejarah
·         Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan
·         Video yang disediakan mengandungi unsur seni dan muzik yang boleh menarik perhatian murid

Langkah 1: Kenali Sejarah
·         Guru memberi penerangan tentang Sumber Pertama dan Sumber Kedua melalui slaid
·         Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
·         Setiap kumpulan diberi gambar berkenaan dengan sumber pertama dan sekunder.
·         Murid-murid diberi masa 5 minit untuk berbincang dalam kumpulan.
·         Murid-murid dikehendaki menampal gambar sumber sejarah tersebut di kad yang disediakan.
Hasil Pembelajaran
·         Murid dapat memahami tentang sumber pertama dan sumber kedua
·         Murid dapat mengkategorikan sumber pertama dan sumber kedua dengan betul
·         Murid dapat memupuk nilai bekerjasama apabila aktiviti kumpulan dijalankan
·         Murid dapat membandingbeza antara sumber pertama dan sumber kedua
·         Peta i-think dalam slaid yang berwarna-warni boleh meningkatkan semangat ingin tahu murid dan memudahkan murid untuk ingat

Langkah 2: Kaedah Pencarian Maklumat Sejarah
·         Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.
·         Setiap kumpulan diberikan sampul yang mengandungi kepingan ‘puzzle’.
·         Setiap kumpulan diminta untuk menyusun kepingan ‘puzzle’ tersebut menjadi satu gambar.
·         Setiap kumpulan diberi 5 minit untuk berbincang tentang gambar tersebut.
·         Wakil setiap kumpulan diminta untuk membentangkan kaedah pencarian maklumat sejarah dan ciri-ciri kaedah pencarian maklumat sejarah berdasarkan gambar tersebut.
Hasil Pembelajaran
·         Melatih murid untuk bekerjasama semasa aktiviti berkumpulan dijalankan
·         Murid dapat memahami dengan kaedah pencarian maklumat sejarah
·         Murid dapat membezakan dengan kaedah lisan, kaedah arkeologi dan kaedah bertulis
·         Meningkatkan keyakinan diri murid
·         Murid dapat menguasai ilmu dengan baik melalui gambar rajah

Langkah 3: Konsep Masa dalam Sejarah
·         Murid dikehendaki untuk menulis kronologi peristiwa sejarah individu atas kertas yang disediakan.
·         Guru akan mengutip jawapan murid setelah 5 minit
Hasil Pembelajaran
·         Murid dapat memahami tentang kronologi masa
·         Murid dapat memberi contoh dengan betul
·         Murid dapat berfikir secara kritis
·         Murid dapat menghubungkaitkan peristiwa-peristiwa yang dilaluinya sebelum ini

Penutup
·         Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan.

·         Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil kumpulan untuk merumuskan hasil pelajaran

No comments:

Post a Comment